Skip to content

Skim Perubatan Madani 2024 Semakan Rawatan Percuma

Skim Perubatan Madani 2024 Semakan Rawatan Percuma – Skim Perubatan MADANI (SPM) kini telah diperluas ke seluruh Malaysia dan program ini dilanjutkan bagi tahun 2024.

Skim ini bertujuan untuk membantu rakyat, khususnya kumpulan B40, bagi mendapatkan rawatan pesakit luar bagi kes-kesi akut di klinik perubatan swasta (GP) secara percuma.

Ia merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

Bagi yang telah mendapat rawatan, skim ini juga telah diperbaharui pada tahun 2024.

Skim Perubatan Madani

Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut)

Secara dasar, di bawah skim tersebut, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.

Ini bermaksud, anda yang layak boleh pergi ke klinik swasta dan mendapatkan rawatan PERCUMA melalui skim ini.

Skim perubatan madani

*(Tertakluk kepada rawatan pesakit luar ringan seperti demam, cirit-birit, muntah, luka ringan, dan sebagainya. Rujuk jadual jenis rawatan di bawah)

  • Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:
    • Demam dan selsema
    • Cirit-birit dan muntah
    • Terseliuh
    • Sakit kepala
    • Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain
  • Rawatan yang tidak termasuk adalah:
    • Imunisasi rutin
    • Saringan kesihatan
    • Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
    • Rawatan susulan ibu dan anak rutin
    • Perancangan keluarga rutin
    • Perkhidmatan rehabilitasi
    • Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
    • Permintaan suplemen

Syarat Kelayakan

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang adalah layak secara automatik.

Kelayakan untuk penyertaan dalam Skim Perubatan MADANI adalah automatik berdasarkan kriteria yang ditetapkan iaitu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2023 dan tanggungan mereka yang berdaftar. Tiada pendaftaran diperlukan.

Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.

Semakan Kelayakan

KAEDAH SEMAKAN 1 – MELALUI LAMAN WEB PROTECT HEALTH

Semak kelayakan anda melalui laman sesawang berikut: https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/

Sekiranya layak, anda boleh mendapatkan rawatan percuma mengikut kategori kelayakan anda.

Sila rujuk senarai klinik yang berdaftar di bawah skim ini melalui carian berikut:

Lokasi Klinik Skim Perubatan Madani

Senarai klinik yang berdaftar di bawah skim ini kini telah diperluaskan di seluruh Malaysia.

Anda boleh membuat carian klinik yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI terdekat dengan anda dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Layari pautan laman web rasmi ProtectHealth : https://www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani
  2. Tekan butang ‘Cari Klinik Skim Perubatan Madani’
  3. Masukkan maklumat Negeri, Daerah dan Bandar. Tekan butang ‘Cari’
  4. Senarai nama klinik panel Skim Perubatan Madani akan tertera di skrin

Cara Mendapatkan Rawatan Percuma Skim Perubatan Madani

  1. Langkah 1, Semak Kelayakan: Semak kelayakan anda di pautan https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/
  2. Langkah 2, Hadir Ke Klinik: Hadir ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan_MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat khas) dengan membawa kad pengenalan. Cari Klinik
  3. Langkah 3, Terima Rawatan: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara PERCUMA.
  4. Langkah 4, Baki Manfaat: Had manfaat anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan.

*Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang.

Cara Semakan Baki

Baki had manfaat kelayakan boleh disemak melalui Klinik Perubatan Swasta sewaktu lawatan untuk mendapatkan rawatan dilakukan.

  • Semakan boleh dibuat secara online melalui aplikasi Skim_Perubatan_Madani
  • Mesej/SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan selepas rawatan yang dilakukan.
  • Boleh menghubungi talian di +603-8687 2525.

Maklumat Lanjut

Layari laman sesawang di bawah untuk maklumat lanjut

  1. Laman Rasmi Skim Perubatan MADANI
  2. Portal Manfaat : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/skim-madani.html

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.