Skim Khairat Kematian adalah skim bantuan yang diwujudkan oleh kerajaan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sekiranya berlaku kematian kepada penerima/pasangan bagi tahun 2023.
Para waris yang berkelayakan boleh membuat tuntutan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
Skim Khairat Kematian
Skim Khairat Kematian (SKK) adalah suatu skim di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berbentuk bantuan kewangan secara tunai yang diberikan bagi pemohon/pasangan yang LULUS STR tetapi telah meninggal dunia pada tahun semasa*
Kadar Tuntutan
Tuntutan SKK berjumlah RM1,000** untuk setiap individu yang layak boleh dibuat bermula pada 17 Julai 2023 hingga 31 Disember 2023.
Tarikh Tuntutan
Tuntutan boleh dibuat bermula 17 Julai 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah senarai ketetapan bagi kategori yang layak untuk menuntut SKK:
Jika kedua-dua pemohon dan pasangan telah meninggal dunia atau tidak dapat hadir untuk menuntut wang SKK, waris yang berdaftar boleh mewakilkan diri untuk mengemukakan tuntutan Semua penerima STR (berstatus LULUS) digalakkan untuk mengemukan dan mendaftar maklumat waris kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia bagi tujuan berikut:
- Urusan penunaian STR terhad sekiranya pemohon/pasangan berdaftar tidak dapat hadir atas alasan munasabah; dan/atau
- Urusan tuntutan SKK
Tiada had umur kelayakan untuk waris. Walau bagaimanapun, bagi waris berusia 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan pertalian perlu di bawa selain hadir bagi pengesahan cap jari/tandatangan individu di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) Waris yang layak didaftarkan adalah seperti berikut:
1. Pasangan
2. Ibu
3. Bapa
4. Anak (Kandung/Tiri/Angkat)
5. Adik-beradik
6. Cucu
Cara Memohon
- Tuntutan SKK adalah secara tunai dan boleh dituntut di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia
- Dokumen yang perlu dibawa semasa tuntutan SKK di BSN ialah:
- Sijil Kematian Pemohon/Pasangan;
- Kad Pengenalan asal Waris; dan
- Dokumen pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN (Rujuk Soalan 19 (iii))
Soalan Lazim
- Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim Skim Khairat Kematian
Sebarang maklumat lanjut sila rujuk FAQ yang
berkaitan di Portal Rasmi STR:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.