Skim Khairat Kematian ini disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Berikut dikongsikan secara ringkas tentang skim ini untuk informasi bersama.
Skim Khairat Kematian
Skim Khairat Kematian (SKK) adalah sebuah skim bantuan kewangan berbentuk tunai di bawah Sumbangan Tunai Rahmah yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi pemohon/pasangan yang LULUS STR tetapi telah meninggal dunia pada tahun semasa.
Tuntutan SKK berjumlah RM1,000 bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan.
Cara Mohon Skim Khairat Kematian
Tuntutan hanya boleh dibuat selepas keputusan permohonan STR 2024 dimuktamadkan terhad pada tahun 2024 di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara
Dokumen yang diperlukan semasa tuntutan adalah seperti berikut:
- Asal/salinan Sijil Kematian yang dikeluarkan oleh JPN; dan
- Asal/salinan Kad Pengenalan/Sijil Lahir waris; dan
- Dokumen pembuktian pertalian antara waris dan si mati (pemohon/pasangan)
Kelayakan Yang Ditetapkan
- Penerima STR kategori Isi Rumah, Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan
- SKK layak dituntut waris yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia
- Meninggal dunia pada tahun 2024
- Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK
- Waris hendaklah yang berdaftar di dalam borang permohonan STR sahaja
Tempoh Permohonan
Berikut merupakan tempoh permohonan bagi bantuan Bantuan Skim Khairat Kematian (SKK) bagi tahun 2023:
Tarikh Kematian Pemohon/Pasangan yang LULUS STR : 1 Januari 2023 – 31 Disember 2023
Tempoh Tuntutan SKK : 17 Julai 2023 – 1 Januari 2024
*Bagi Tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi Laman Rasmi STR atau Risalah STR 2024
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.