Senarai Penerima Bantuan RM150 Bulan Mac 2024 – Terdapat juga pelbagai jenis bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Salah satunya adalah apabila Kerajaan setuju untuk meneruskan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Bantuan Awal Persekolahan BAP RM150
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) diberikan dengan kadar RM150 secara ‘one-off’ kepada murid Darjah 1 sehingga Tingkatan 5.
Bagi tahun 2024, bantuan ini melibatkan peruntukan lebih RM788 juta berbanding RM450 juta tahun lalu.
Ia berobjektif untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan akan datang.
Pembayaran BAP
Pembayaran BAP dibuat melalui pihak sekolah kepada murid sama ada secara kredit terus ke akaun atau pengambilan tunai.
Pembayarannya telah pun bermula sejak bulan Januari lalu. Akan tetapi, menurut Portal Rasmi Belanjawan 2024 – untuk pelajar baru Tahun 1 dan Tingkatan 1, pembayaran BAP akan dibuat pada bulan Mac 2024.
Dalam perkembangan lain, pihak Kerajaan juga menaikkan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada RM784 juta berbanding RM625 juta tahun lalu.
Kenaikan juga diberikan kepada peruntukan elaun murid berkeperluan khas sebanyak RM199 juta berbanding RM181 juta pada tahun sebelumnya.
Senarai Penerima Bantuan RM150
Bagi pelajar baru Tahun 1 dan Tingkatan 1, pembayaran akan dibuat pada bulan Mac 2024. Pembayaran dibuat secara one-off (sekali bayar) sebanyak RM150.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan manfaat-manfaat Belanjawan 2024, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.