Senarai bantuan untuk warga emas tahun 2024 adalah suatu langkah proaktif dalam memastikan info ini sampai kepada orang yang belum mendapat info ini agar mereka boleh memohon bantuan tersebut suatu hari nanti.
Bantuan ini tidak hanya terhad kepada aspek kewangan, malah juga merangkumi aspek kesihatan, aktiviti sosial, dan bimbingan emosi. Dengan menyediakan panduan yang komprehensif, kita berupaya untuk membantu warga emas yang memerlukan agar dapat menikmati kualiti hidup yang baik.
Berikut adalah senarai bantuan untuk warga emas yang diberikan oleh pihak kerajaan. Sila ikuti laman dibawah.
Tujuan Dan Objektif
Objektif kerajaan terhadap sokongan bagi warga emas adalah:
- Memberikan sokongan kepada individu yang memerlukan, memastikan kelangsungan hidup dan kesejahteraan mereka di dalam komuniti.
- Menggalakkan perkembangan positif dan produktif warga emas melalui proses penuaan yang sihat, aktif, dan memberikan sokongan, bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup dalam pembangunan negara.
Terdapat 7 jenis bantuan kerajaan kepada golongan warga emas di Malaysia, antaranya ialah :
BANTUAN WARGA EMAS (BWE) :
- Bantuan BWE ini diberikan kepada warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup. Kadar bayaran (BWE) : RM500 sebulan seorang.
- Sumber : https://www.jkm.gov.my
- Bantuan Warga Emas (BWE) adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) bertujuan untuk membantu meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
- Kadar bayaran BWE: RM500 sebulan seorang
- Untuk maklumat lanjut, sila Laman Rasmi Bantuan Warga Emas (BWE)
SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARa)
- Bantuan SARa ini disalurkan kepada isi rumah penerima STR yang tersenarai sebagai “Miskin Tegar” mengikut data eKasih sehingga 28 Februari 2023 dalambentuk barang keperluan asas tanpa tunai (cashless). SARa adalah salah satu bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan warga emas yang memenuhi kriteria kelayakan.
SKIM MySALAM
- Skim mySalam merupakan satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan kepada individu yang layak.
- Objektif inisiatif ini adalah untuk menyediakan skim perlindungan kesihatan sosial bagi membantu golongan miskin mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
SKIM PEDULI KESIHATAN B40
- Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah berumur 40 tahun dan keatas dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).
- Skim ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan (PERCUMA) dan ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40.
- Sumber : Peka B40
4 Manfaat Skim Peka B40
Melalui skim ini, anda boleh menerima pelbagai manfaat seperti berikut:
- Saringan Kesihatan PERCUMA
- Bantuan Alat Perubatan sehingga RM20,000 (tertakluk kepada julat harga bagi setiap kategori)
- Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser sebanyak RM1,000
- Insentif Tambang Pengangkutan sehingga RM1,000 (khusus untuk penerima Manfaat 2 dan/atau 3)
BAYARAN TUNAI HARIAN
- Bayaran tunai harian merupakan bantuan yang menawarkan bayaran tunai harian kepada warga emas di Malaysia. Kadar bayaran tunai : RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari (setahun). Warga emas yang ditahan wad di hospital kerajaan atau swasta akan menerima pampasan sebanyak RM50 sehari dengan maksimum 14 hari setahun.
- Sumber : Skim MySalam
SKIM PERUBATAN MADANI
- Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap penjagaan kesihatan primer akut (rawatan pesakit luar kes akut) di klinik pengamal perubatan swasta umum (GP) berhampiran. Penerima STR dan tanggungan boleh mendapatkan rawatan percuma di klinik peprubatan swasta yang berdaftar.
- Sumber : Skim Perubatan Madani
MANFAAT BANTUAN KERAJAAN TERHADAP GOLONGAN WARGA EMAS DI MALAYSIA
Antara manfaat bantuan kerajaan terhadap golongan warga emas di Malaysia yang dapat dirumuskan adalah seperti berikut:
- Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai bantuan kewangan, kesihatan dan sosial untuk membantu golongan warga emas yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam masyarakat.
- Antara bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan adalah Bantuan Warga Emas (BWE), Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Bantuan Kewangan Lain (BKL) dan lain-lain. Bantuan ini boleh dimohon melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, Jajahan atau Bahagian di seluruh negara atau portal rasmi yang berkaitan.
- Antara bantuan kesihatan yang ditawarkan oleh kerajaan adalah Skim mySalam, Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40), Skim Perubatan MADANI dan lain-lain. Bantuan ini boleh dimohon melalui klinik kesihatan kerajaan, klinik swasta yang berdaftar dengan skim tersebut, hospital kerajaan atau portal rasmi yang berkaitan.
- Antara bantuan sosial yang ditawarkanoleh kerajaan adalah Bantuan Penjagaan Oku Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Program Pemulihan Komuniti (PPK) dan lain-lain. Bantuan ini boleh dimohon melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, Jajahan atau Bahagian di seluruh negara atau portal rasmi yang berkaitan.
- Kerajaan berharap bantuan-bantuan ini dapat memberi manfaat kepada golongan warga emas yang memerlukan dan menghargai sumbangan mereka kepada negara.
Dengan pemberian bantuan yang menyeluruh kepada warga emas, harapan kita adalah untuk membina masyarakat yang berlandaskan nilai kebajikan bersama.
Melalui kerjasama berterusan, kita dapat menjana kesan positif terhadap kualiti hidup warga emas, memastikan mereka menikmati hak mereka untuk penuaan yang sihat dan bermakna.
Marilah kita bersama-sama meneruskan usaha untuk memastikan tiada seorang pun di dalam komuniti kita ditinggalkan, seiring melangkah menuju ke arah keharmonian dan kesejahteraan bersama.
Maklumat Lanjut
Untuk ketahui lebih banyak maklumat mengenai bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada warga emas, warga kurang upaya dan sebagainya boleh layari laman rasmi DISINI
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.