Senarai Bantuan Anak Sabah 2024 – Bantuan ini ditawarkan kepada anak Sabah menerusi pelbagai agensi dan badan kerajaan di negeri tersebut.
Oleh itu, anak sabah yang layak adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan.
Portal Bersepadu Permohonan Bantuan Pendidikan Sabah
Kerajaan Sabah sebelum ini telah mewujudkan satu portal yang membolehkan anak-anak Sabah untuk membuat permohonan penajaan pendidikan hanya melalui satu portal sahaja iaitu Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS).
PTPS merupakan inisiatif baharu di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam memperkasakan serta memudahkan penyaluran bantuan kepada anak Sabah terutama pada peringkat pengajian tinggi melalui gabungan kerjasama badan penaja utama dan pemberi bantuan pendidikan di Sabah.
Portal ini juga mengintegrasikan agensi dan badan kerajaan yang menyalurkan penajaan pendidikan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN), Kumpulan Yayasan Sabah (YS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) serta agensi pemberi bantuan dalam pendidikan iaitu Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-tugas Khas) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah.
Berikut adalah senarai bantuan kepada anak negeri Sabah untuk tahun 2024:
i) Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (Pengajian Islam) di IPTA/IPTS
Peringkat pengajian Matrikulasi/Asasi/Foundation/Diploma
Kelayakan akademik Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 5 Kredit dan lulus Bahasa Melayu dan Sejarah. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
Tempat Pengajian Institut Pengajian Tinggi Tempatan
ii) Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (Pengajian Tinggi) di IPTA/IPTS-Ijazah
Peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda
Kelayakan akademik Lulus Diploma/Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM)/Matrikulasi/Asasi/Foundation/A-Level dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 2.8. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
Lulus Sijil Tinggi Agama (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya Jayyid
Tempat Pengajian Institut Pengajian Tinggi Tempatan dan Luar Negara (mestilah mendapat Surat Tawaran melalui Kementerian Pengajian Tinggi) Timur Tengah dan Asia Tenggara)
iii) Bantuan Dermasiswa Khas Pengajian Tinggi (Akademik Plus Pengajian Islam dan Tahfiz) di IPTA/IPTS
Peringkat pengajian Matrikulasi/Asasi/Foundation/Diploma
Kelayakan akademik Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 5 Kredit dan lulus Bahasa Melayu dan Sejarah. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
Tempat Pengajian – Program Khas Bahasa Arab Nilam Puri UM
– Program Huffaz Profesional (UNITEN )
iv) Bantuan Dermasiswa Khas Pengajian Tinggi (Akademik Plus Pengajian Islam dan Tahfiz) di IPTA/IPTS-Ijazah
Peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda
Kelayakan akademik Lulus Diploma/Asasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.0.
Tempat Pengajian – Program Khas Bahasa Arab Nilam Puri UM
– Program Huffaz Profesional (UNITEN )
v) Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi di IPTA/IPTS (Akademik) Bagi Asnaf Fakir, Miskin, dan Muallaf
Peringkat pengajian Matrikulasi/Asasi/Foundation/Diploma/Ijazah Sarjana Muda
Kelayakan akademik Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 5 Kredit (Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah).
Lulus Diploma/Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Matrikulasi/Asasi/Foundation/A-Level dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 2.8.
Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya Jayyid.
Tempat Pengajian Dalam Negara
Bidang Kursus Keutamaan kepada kursus STEM (Science, Technology,Engineering, and Mathematics), Sastera Ikhtisas, Sains Sosial dan Sains Gunaan
Kuota mengikut Asnaf Fakir (100 Orang )
Miskon (100 Orang )
Muallaf (50 Orang )
vi) Bantuan Pendidikan (One Off) dan Tiket Penerbangan Semasa Mendaftar Tahun Pertama di IPTA/IPTS
Peringkat pengajian Sijil/Matrikulasi/Asasi/Diploma
Kelayakan akademik Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 5 Kredit dan lulus Bahasa Melayu dan Sejarah. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
Tempat Pengajian Dalam Negara
vii) Bantuan Pendidikan (One Off) dan Tiket Penerbangan Semasa Mendaftar Tahun Pertama di IPTA/IPTS- Ijazah
Peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda
Kelayakan akademik Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 2.8 ke atas dan STAM sekurang-kurangnya mendapat pangkat Jayyid.
Tempat Pengajian – IPTA /IPTS Dalam Negara
-Luar Negara (Timur Tengah dan Asia Tenggara) (mestilah mendapat Surat Tawaran melalui Kementerian Pengajian Tinggi)
viii) Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off
Kriteria Bantuan ini terbuka kepada para pelajar sepenuh masa bagi kemasukan kali pertama bagi tahun semasa di IPT seluruh Malaysia atau luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Bantuan sebanyak RM1,500.00 bagi peringkat Diploma, Asasi atau Matrikulasi. Manakala RM2,000.00 untuk Ijazah Sarjana Muda.
Pemohon adalah warganegara Malaysia berasal dari Sabah. Ibu, bapa atau penjaga pemohon adalah golongan B40 atau M40.
Pemohon hendaklah mendapat pengesahan pelajar atau pengesahan telah berdaftar di IPT.
Amaun Diploma: RM 1500
Ijazah Sarjana Muda: RM 2000
ix) Bantuan Ihsan Komputer 2.0
Kriteria Bantuan ini terbuka kepada pelajar – pelajar IPTA/S berstatus bumiputera berasal dari sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran
Bantuan ini hanya untuk satu ketua isi Rumah (KIR) sahaja.
Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan B40 (pendapat isi rumah RM 4,850.00 atau ke bawah) atau tergolong dalam E – Kasih.
Memberi justifikasi keperluan komputer riba.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai pelbagai Bantuan Anak Sabah 2024, sila layari laman web https://ptps.sabah.gov.my/
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.