Cara Semak wang tak dituntut secara online iaitu melalui eGUMIS ANM gov my. Cara daftar egumis login wang tak dituntut secara online di Jabatan Akauntan Negara adalah mudah dan hal ini memudahkan pengguna dan rakyat.
Sistem eGumis merupakan sistem untuk memudahkan urusan transaksi dan membuat semakan wang tak dituntut (WTD) secara atas talian atau online.
Kini, pengguna boleh akses sepenuhnya sistem EGUMIS portal ini secara online tanpa perlu pergi ke pejabat kerajaan.
Hanya dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran syarikat sahaja untuk melakukan semakan.
Apa eGUMIS?
eGumis adalah satu sistem semakan bagi urusan Wang Tak Dituntut.
Apakah yang dimaksudkan dengan Wang Tak Dituntut? Wang tidak dituntut atau turut dikenali sebagai WTD ini adalah wang kepunyaan seseorang yang tidak dibayar dalam tempoh setahun.
Contoh WTD :
- Gaji/ upah/ komisen/ egaji
- Dividen
- Tuntutan insuran yang telah diluluskan
- Simpanan tetap
- Deposit/ cagaran
- Keuntungan yang telah diisytiharkan
- Wang dalam akaun yang tak aktif selama 7 tahun
Ada yang boleh tuntut sehingga RM10,000 ada yang dapat RM100. Itu semua bergantung kepada akaun anda masing-masing.
Sistem Egumis ANM Login Online
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telahpun melancarkan portal rasmi Jabatan Akauntan Negara eGUMIS login untuk permudahkan orang ramai membuat semakan WTD secara online.
Berikut adalah cara untuk semak dan daftar eGumis register:
- Layari pautan berikut : https://egumis.anm.gov.my/
- Sila daftar secara online. Masukkan nama penuh, nombor kad pengenalan & email terkini anda.
- Log Masuk portal menggunakan kata laluan yang telah diemail.
- Tukar semula kata laluan anda.
- Tekan pada “Klik Sini Untuk Carian Wang Tak Dituntut” untuk semakan & masukkan kad pengenalan anda.
- Untuk makluman, sistem ini hanya boleh buat semakan sebanyak 2 kali sehari sahaja.
Untuk membuat semakan secara manual, sila baca di sini. Anda juga perlu download borang wang tak dituntut sekiranya anda ingin membuat semakan secara manual.
Cara Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) Online
Untuk membuat tuntutan secara dalam talian/ online, sila ikuti langkah berikut :
- Klik pada “Teruskan Dengan Permohonan”
- Tekan “Tambah Penerima” & masukkan maklumat peribadi. Tekan Simpan.
- Upload/ Muat Naik dokumen sokongan pada bahagian “MANDATORI”.
- Tick pada kotak & setuju dengan terma syarat. Pilih Ya.
- Proses pembayaran akan dilaksanakan apabila dokumen anda telah DISAHKAN.
Tempoh pembayaran akan ambil masa selama sebulan & duit tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan.
Contoh Wang Tidak Dituntut yang Berjaya Dituntut
Ramai yang telah menggunakan sistem egumis anm online ini. Ada yang berjaya dapat RM13,000, ada juga yang hanya dapat RM20, RM50.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai egumis unclaimed money ini, sila hubungi :
03- 2056 8052
03- 2056 8053
Atau boleh terus pergi ke pejabat :
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak,
50050 Kuala Lumpur
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.