Semakan Sumbangan Asas Rahmah SARa 2025

Semakan Sumbangan Asas Rahmah SARa 2025 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan beban kos sara hidup.

Program ini menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

MyKasih Foundation

MyKasih Foundation adalah organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin.

Program utama MyKasih iaitu ‘Love My Neighbourhood’ untuk bantuan makanan dan ‘Love My School’ bagi skim biasiswa pelajar, menggunakan teknologi proprietari untuk menyalurkan bantuan kepada penerima yang disasarkan secara tanpa tunai. Semua agihan dibuat melalui penggunaan MyKad (kad pengenalan berasaskan cip yang dikeluarkan kepada semua rakyat Malaysia) atau kad pintar, yang membolehkan pihak MyKasih mengagihkan bantuan secara cekap, telus, dan selamat tanpa sebarang ketirisan.

Sistem pengagihan kebajikan tanpa tunai MyKasih telah berjaya diguna pakai oleh kementerian, kerajaan negeri, agensi zakat, serta sektor swasta untuk inisiatif tanggungjawab korporat mereka. Pihak MyKasih bekerjasama dengan badan kesihatan dan organisasi bermatlamat sosial untuk menjalankan saringan kesihatan dan pemeriksaan penglihatan, latihan kemahiran dan keusahawanan, serta bantuan pendidikan kepada komuniti dan kanak-kanak.

Pengagihan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Melalui MyKasih Foundation

Apabila keluarga terpilih disetujui oleh penderma, setiap keluarga akan mencalonkan penerima, di mana butiran akaun MyKad ini akan didaftarkan dan diaktifkan dalam sistem ini untuk menerima bantuan secara cashless.

Penerima bantuan makanan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh semasa menggunakan kad pintar MyKad atau My Kasih mereka di kedai runcit yang mengambil bahagian.

MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan SARA)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2025 bagi memenuhi keperluan barangan asas (Januari – Disember 2025) dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

Kadar Bantuan MyKasih / SARA 2025

Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA 2025 akan menerima jumlah bantuan MyKasih / Sumbangan Asas Rahmah seperti berikut:

  • Penerima Sedia Ada:
    • Isi Rumah (Ketua Keluarga) RM 1200 (RM100 sebulan.
    • Warga emas tiada pasangan RM 1200 (RM100 sebulan)
    • Bujang RM 600 (RM50 sebulan)
  • Penerima Baharu:
    • Isi Rumah (Ketua Keluarga) RM 900 (RM100 sebulan)
    • Warga emas tiada pasangan RM 450 (RM50 sebulan)
    • Bujang – tiada

Cara Semakan Status Kelayakan MyKasih 2025

SEMAKAN STATUS DI PORTAL MYKASIH

Bagi penerima SARA di Semenanjung Malaysia, anda perlu membuat semakan status melalui Portal MyKasih (*HANYA UNTUK PENERIMA MISKIN / MISKIN TEGAR)

Sila rujuk caranya di bawah:

  1. Layari portal semakan di portal MyKasih : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  2. Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.

Jika status anda tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan.

Anda juga boleh membuat semakan melalui pertanyaan di talian telefon:

Semakan kelayakan SARA

  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
    Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia

  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Cara Menggunakan Sistem MyKasih (Cashless)

Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan ke SARA, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 selama 12 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pasar raya / Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.

Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Anda boleh semak video tutorial yang disediakan melalui Whatsapp atau Youtube (https://youtu.be/AuNFYupVcXA) atau hubungi nombor talian tertera yang telah anda terima melalui Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih.

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Kaedah pembelian barangan keperluan adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Senarai Kedai Di Setiap Negeri / Daerah

Senarai kedai yang boleh dikunjungi di serata negeri dan daerah untuk anda menggunakan wang bantuan MyKasih boleh disemak melalui senarai berikut: https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

Cara Semakan Baki MyKasih (Bantuan SARA 2025)

Aplikasi MyKasih (MyKasih App) kini boleh dimuat turun di Google Play atau Apple App Store untuk memudahkan penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk menyemak baki dalam akaun MyKad, jenis barangan yang boleh dibeli, and kedai terdekat untuk membuat pembelian.

Layari https://mykasih.com.my/mykasih-app/ untuk muat turun aplikasi ini.

Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut:

Cara Daftar SARA 2025 / Permohonan MyKasih

Penerima My Kasih akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.

Jika anda perlukan maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version