Semakan STR Fasa 2 : Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Menteri Kewangan Malaysia telah mengarahkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 2) diagihkan kepada penerima mulai April 2024.
Setakat tahun ini, terdapat 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2024.
Untuk makluman, angka ini mungkin akan capai 9 juta tahun ini kerana permohonan baharu dan kemas kini dibuka sepanjang tahun, tidak seperti dulu.
Berikut kami kongsikan lebih lanjut mengenai bayaran STR Fasa 2 untuk info terkini semua.
Bantuan STR Fasa 2
Perdana Menteri sebelum ini telah melancarkan beberapa skim bantuan untuk meringankan beban rakyat Malaysia. Skim-skim tersebut termasuklah Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa bantuan ini akan dikenali dengan nama baru, Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.
STR Fasa 2 akan membantu meringankan beban kos sara hidup 8.7 juta orang penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.
Tarikh Bayaran Bantuan STR Fasa 2
Tarikh bayaran STR Fasa 2 adalah mulai bulan April 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, telah mengeluarkan arahan agar pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 dapat disalurkan kepada penerima sebelum perayaan Aidilfitri tahun ini, yang jatuh pada awal bulan April – dua minggu lebih awal daripada Hari Raya Aidilfitri.
Untuk fasa yang akan datang, kerajaan telah mengambil langkah pembaharuan dalam Belanjawan 2024 dengan menyediakan bayaran tambahan untuk golongan Miskin Tegar, serta menyumbangkan bakul makanan dan baucar bagi barangan makanan keperluan.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengemaskini maklumat terkini mengenai Penerima Bayaran Fasa 2. Penerima ini adalah mereka yang telah menerima Fasa 1 dan telah menjalani proses semakan silang dengan data kematian pemohon dan pasangan hingga tarikh 28 Februari.
Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.
Jumlah Bayaran STR Fasa 2
Berikut adalah merupakan kadar bayaran STR yang telah ditetapkan:
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah memperkasa kadar tambahan STR melalui sistem pembelian tanpa tunai untuk semua penerima STR pada tahun 2024 seperti yang dijelaskan berikut:
Kaedah Pembayaran Bantuan STR Fasa 2
Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran bakal dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tidak mempunyai maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
Semakan STR Fasa 2
Berikut adalah merupakan kaedah untuk melakukan semakan status:
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:
- Klik lok masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.