Skip to content

Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah 2024 STR Fasa 3

Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah 2024 STR Fasa 3 – PROGRAM sumbangan tunai kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di bawah Kementerian Kewangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutama golongan rentan dan mudah terjejas.

Selaras dengan itu, kata beliau, kerajaan telah memperkenalkan konsep ‘Payung Rahmah’ sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR 2024 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.

Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dengan mengambil kira beban yang ditanggung rakyat saat ini.

Kategori Penerima STR 2024

Berikut adalah kategori penerima STR 2024 yang ditetapkan :

  • Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
  • Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
  • Warga Emas Bujang
  • Bujang (Pendapatan kurang daripada RM2,500)

Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah 2024 Fasa 3

Semakan status pembayaran Fasa 3 DIJANGKA boleh dibuat mulai 12 Ogos 2024.

Login STR

  1. Layari pautan rasmi Portal Sumbangan Tunai Rahmah https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Isikan No Kad Pengenalan.
  3. Tekan butang Log Masuk.
  4. Butiran anda akan dipaparkan seperti di bawah.
  5. Klik MAKLUMAT BAYARAN untuk melihat jumlah bayaran yang akan anda terima serta status pengkreditan.

Lupa Kata Laluan STR

Jika anda terlupa kata laluan STR, sila ikuti langkah berikut untuk mendapatkan semula password anda:

  1. Layari pautan rasmi Portal Sumbangan Tunai Rahmah https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik TERLUPA KATA LALUAN.
  3. Nombor MyKad anda akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang SEMAK.
  4. Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR.
  5. Klik butang SETERUSNYA.
  6. Kata laluan sementera akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
  7. Jika tiada emel, klik butang SETERUSNYA.
  8. Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
  9. Klik butang SETERUSNYA.
  10. Isi KATA LALUAN BAHARU dan Pengesahan Kata Laluan.
  11. Klik butang TUKAR KATA LALUAN.
  12. Tukar Kata Laluan Baharu dengan log masuk semula dan memilih menu TUKAR KATA LALUAN MYSTR.

Semakan Status STR Terkini & Pengkreditan Bayaran

Bagi STR Fasa 3 2024, penerima akan mendapat bayaran mengikut kriteria kelayakan masing-masing.

Pembayaran dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat mulai OGOS 2024, manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia.

Tarikh Bayaran STR Fasa 1, 2, 3 dan 4

Bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Bermula Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version