Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah (SARa) 2024 – Status Terkini Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) Untuk Bantuan Dapur RM1200 selama 12 bulan.
Untuk tahun 2024, Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup.
Program ini yang bakal dilaksana secara berperingkat bermula 22 Januari 2024, menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.
Antara Penambahbaikan SARA untuk tahun 2024 termasuklah memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar dan meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600.
Dengan penambahbaikan tersebut, program SARA tahun 2024 dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta.
Sumbangan Asas Rahmah
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas (Januari – Disember 2024) dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.
Untuk tahun 2024, kerajaan telah membuat beberapa penambahbaikan iaitu;
- Memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar;
- Meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600; dan
- Mengambil kira maklum balas penerima, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.
Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar.
Semakan Status Sumbangan Qsas Rahmah 2024
Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), terdapat 5 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;
- Semakan melalui Portal MySTR
- Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih
- Surat Pemakluman
- Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
- Menghubungi MyKasih, HASIL atau MOF
Semakan Melalui Portal MySTR
Anda boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut;
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik SEMAKAN PERMOHONAN
Penerima yang layak akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing dengan jumlah bayaran turut tertera;
Semakan Melalui Portal MyKasih
Semakan secara online juga boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;
- Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/
- Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
- Langkah 3 – Klik SEMAK STATUS
Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;
- Status – Layak
- Jumlah baki terkini
- Nama
- Nombor MyKad
- Program bermula
- Program berakhir
Surat Pemakluman
Surat lulus STR 2024 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR.
Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
- Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
- Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
- Penerima akan menikmati elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 pada setiap bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas di rangkaian rakan runcit (pasaraya / kedai) yang terpilih.
Menghubungi MyKasih, HASIL atau MOF
Semakan kelayakan SARA
- Hubungi HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Kelayakan Menerima SARA 2024
Kelayakan SARA adalah terhad kepada:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
Tarikh Bayaran
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media memaklumkan tarikh pelaksanaan atau bayaran bagi penerima bantuan SARa ini adalah berbeza mengikut negeri masing.
Pelaksanaan SARa akan dibuat mulai Isnin 22 Januari bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia, manakala penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 19 Februari dan 12 Ogos 2024 seperti berikut:
Kedah, Pulau Pinang. Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu
- Mulai 22 Januari 2024 (ISNIN)
- Bantuan barangan keperluan tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan mengikut kategori bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.
Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor
- Mulai 29 Januari 2024 (ISNIN).
- Bantuan barangan keperluan tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan mengikut kategori bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024-Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.
Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan
- Pada 19 Februari dan 12 Ogos 2024.
- Bayaran RM600/RM300 dua kali setahun mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan BSN seluruh negara.
Jadual Bayaran SARa
Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:
Info Lanjut dan Pertanyaan
Maklumat lanjut berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) bagi penerima dari negeri semenanjung Malaysia boleh didapati di:
i. Portal Rasmi MyKasih, https://mykasih.com.my/ ; atau
ii. Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800
Sumber: Portal MyKasih & Kementerian Kewangan
Soalan Lazim (FAQ)
Berikut merupakan beberapa soalan lazim berkaitan semakan MyKasih dan Sumbangan Asas Rahmah 2024;
Rujuk portal MySTR untuk Soalan Lazim yang penuh mengenai pelaksanaan Bantuan SARA 2024.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.
gemdisco register
!That may be a little inaccurate. Could you write more about this for me please? 🙂