Skip to content

Semakan Status Permohonan ILTIZAM Anak Selangor 2024

Semakan Status Permohonan ILTIZAM Anak Selangor 2024 – Program ini merupakan skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang yang menawarkan sumbangan RM500 untuk setiap bayi baru lahir.

Ia menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022.

Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun kelahiran.

Iltizam Anak Selangor 2024

Program Iltizam Anak Selangor merupakan skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang, yang disasarkan pada 30,000 orang anak Selangor yang lahir bermula tahun 2022.

Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun 2022.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di anas.yawas.com.my. Wang tabungan di akaun Simpan SSPN Prime yang diberikan oleh kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan keatas

Tempoh permohonan akan dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor. Permohonan baru akan ditutup dengan serta-merta apabila mencapai jumlah permohonan tersebut.

Tarikh Permohonan

Tempoh permohonan akan dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor.

Permohonan baru akan ditutup dengan serta-merta apabila mencapai jumlah permohonan tersebut.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://anas.yawas.com.my/.

Borang permohonan secara manual juga boleh ambil di pejabat DUN terdekat.

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi anda yang ingin memohon:

KRITERIA ANAK

  1. Anak kelahiran bermula tahun 2022
  2. Warganegara Malaysia
  3. Lahir di Selangor
  4. Sedang menetap di Selangor

KRITERIA IBU BAPA / PENJAGA

  1. Warganegara Malaysia
  2. berumur 18 tahun ke atas
  3. Sedang menetap di Selangor
  4. Pengundi berdaftar di Selangor

Sila sertakan dokumen berikut untuk permohonan:

  1. Salinan sijil kelahiran anak
  2. Salinan Mykad ibu / bapa / penjaga
  3. Salinan daftar pengundi sah dari sistem MYSPR
  4. Salinan surat perakuan anak angkat (jika berkaitan)
  5. Surat Akuan Sumpah (bagi hubungan selain ibu / bapa / angkat)

Semakan Status Permohonan

Jika anda telah melakukan permohonan, anda boleh menyak status permohonan anda melalui pautan berikut:

Kelulusan permohonan juga akan dimaklumkan melalui e-mel seperti dalam tangkap layar di bawah:

Semakan Status Permohonan ILTIZAM Anak Selangor 2024

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat tambahan berkenaan bantuan iltizam anak selangor ini, anda boleh hubungi pihak bertanggungjawab di saluran berikut:

Baca juga: STR Fasa 3 : Maklumat Bayaran Kategori Bujang & Keluarga

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.