Semakan Status Perkahwinan dan Cerai Online – e-Syariah merupakan portal yang di tubuhkan oleh kerajaan untuk mengumpul pengkalan data mengenai status perkahwinan dan penceraian seseorang individu.
Portal ini sangat berguna jika anda ingin menyemak status pasangan anda sebelum anda berkahwin.
Dengan data yang disediakan,individu lelaki yang beragama islam tidak boleh membuat penipuan atau mengaku status solo/duda dan berkahwin lain tanpa di ketahui pihak lain
Untuk menggunakan kemudahan yang ada di dalam portal ini,anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu.
Pendaftaran Percuma di e-Syariah
Setelah membuat pendaftaran,anda boleh menikmati kemudahan percuma ini seperti berikut:
- Pra-Pendaftaran Dalam Talian.
- Langganan Surat Berita E-Syariah.
- Penyemakan Status Kes Syariah Dalam Talian.
- Ahli yang berdaftar sebagai Peguam Syarie boleh menyemak status kes klien di seluruh negeri.
- Ahli yang berdaftar sebagai Pendakwa Syarie boleh menyemak status kes di seluruh Negara dalam talian.
Semakan Status Perkahwinan dan cerai Online
Orang islam yang telah mendaftar perkahwinan mereka yang sah mengikut undang–undang Malaysia boleh mendaftarkan permohonan mereka di mana-mana Mahkamah Syariah di tempat mereka tinggal/bermaustatin.
Untuk membuat semakan status perkahwinan,boleh layari melalui portal e-Syariah di pautan berikut:
Semakan status perkahwinan boleh di buat dengan memasukkan maklumat no kad pengenalan pasangan dan segala maklumat perkahwinan atau penceraian individu tersebut akan dipaparkan di portal tersebut
Untuk makluman,data yang diambil adalah dari kesemua Jabatan Agama Islam Negeri di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak).
Perkhidmatan Yang disediakan
Perkhidmatan di atas talian yang disediakan untuk orang awam ialah:
- Semakan kes
- Carian Peguam Syarie
- Maklumat Peguam Syarie
- Permohonan Peguam Syarie
- Permohonan Peguam Syarie dengan Pembayaran
Soal Jawab Perkahwinan
Portal ini juga ada menyediakan soal jawab ringkas agama berkenaan:
- Perceraian
- Perkahwinan
- Fasakh
- Li’an
- Hadhanah
- Faraid
- Mutaah
- Umum
Jika anda mempunyai keraguan berkenaan topik di atas,anda boleh rujuk Soalan Lazim DISINI
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
Telefon: 03-8887 9200
Faks: 03-8887 9500
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.