Semakan Penerima Bantuan SARA RM100 Jun 2024 – Bantuan sejumlah RM100 akan secara langsung dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak, memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023.
Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup.
Program ini yang telah dilaksanakan secara berperingkat sejak 22 Januari 2024, menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.
Tarikh Bantuan SARA RM100 Jun Dikreditkan
Pengkreditan bantuan ini dijadualkan bermula pada 1 Jun 2024 (Sabtu). Pastikan anda memeriksa kelayakan anda untuk mendapatkan manfaat dari program ini.
Info SARA Bulan-bulan Lalu
Pelaksanaan SARA akan bermula pada 22 Januari 2024 (Isnin) bagi penerima dari Semenanjung Malaysia, manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima dari negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula 19 Februari 20242 (Isnin).
Bagi penerima program SARA di Semenanjung Malaysia, bantuan SARA akan disalurkan secara bulanan iaitu RM100 sebulan untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM50 sebulan untuk golongan bujang.
Bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, bantuan SARA akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
Di Mana Bantuan SARA RM100 Jun Boleh Digunakan?
Penerima bantuan yang sah boleh menggunakan bantuan ini di lebih dari 600 kedai terpilih di seluruh negara, termasuk:
Mydin
- Giant
- Econsave
- The Store
- Pacific
- Milimewa
- 99 Speedmart
- Lotus Stores (Tesco)
- Lulu Hypermarket
- Pasar raya dan pasar mini bebas terdeka
Barangan Yang Boleh Dibeli Melalui Bantuan SARA RM100 Jun 2024
Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan keperluan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:
- Beras
- Roti
- Telur,
- Minyak Masak
- Tepung
- Biskut
- Mi Segera
- Minuman
- Makanan Dalam Tin
- Bahan Perasa
- Produk Kebersihan
- Ubat-Ubatan
- Barangan Persekolahan
Bagaimana Sistem Kredit Bantuan MyKad Berfungsi?
Setelah disahkan layak, penerima dari Semenanjung Malaysia akan dibuatkan akaun dengan menggunakan nombor MyKad dalam sistem. Melalui akaun ini, elaun sebanyak RM100 akan disimpan dan boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas di kedai-kedai yang berpartisipasi.
Untuk menyemak kelayakan, ikuti langkah-langkah berikut:
- Kunjungi laman rasmi MyKasih – KLIK SINI
- Masukkan nomor MyKad anda pada ruang yang disediakan.
- Klik pada butang ‘Semakan’.
- Masukkan kod captcha yang diberikan dengan betul.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
Jika ada pertanyaan atau memerlukan bantuan lebih lanjut, sila hubungi talian bantuan di 603-7720 1800 atau 603-7720 1900. Informasi ini diambil dari portal rasmi MySara, dan kami berusaha menyediakan maklumat terkini dan tepat bagi memudahkan akses kepada bantuan kerajaan.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah bersumberkan portal rasmi e-KASIH. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau isu mengenai bantuan di atas, sila rujuk pihak berkuasa berikut:
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia:
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.