Semakan Keputusan STPM 2022, Majlis Peperiksaan Malaysia mengesahkan keputusan STPM 2022 akan diumumkan pada 13 Julai 2023.
Melalui siaran infografik dalam media sosial rasmi yang dikongsikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) keputusan boleh disemak pada 11.30 pagi hari Khamis ini.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat semakan keputusan dan cetakan slip keputusan calon.
Tarikh Semakan Keputusan Peperiksaan STPM 2022
Tarikh pengumuman keputusan Ulangan STPM 2022 adalah pada tarikh dan waktu berikut:
- Hari : Khamis, 13 Julai 2023
- Masa : 11.30 pagi
Cara Semakan Keputusan STPM Online & SMS
Terdapat 2 cara semakan bagi calon-calon mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Sila rujuk langkah-langkah semakan di bawah:
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan 2 kaedah semakan keputusan iaitu:
i) Semakan melalui portal MPM
Sila layari portal Majlis Peperiksaan Malaysia di pautan https://stpm.mpm.edu.my
ii) Semakan melalui SMS
STPM<jarak>No.K/P>AngkaGiliran dan hantar ke 15888 mulai jam 11.00 pagi
Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke
[email protected]
Rayuan Semak Semula Keputusan STPM 2023
Rayuan semak semula STPM 2023 akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan setelah keputusan diumumkan.
Pautan rayuan penyemakan semula keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia :
Bayaran permohonan Rayuan Semak Semula adalah RM50.00 bagi satu matapelajaran.
Bayaran boleh dibuat melalui MyPay di pautan https://mypay.com.my/web/mpm/
Semakan Keputusan Semak Semula
Keputusan akan diterima dalam tempoh 20 hari selepas tarikh tutup permohonan.
Semakan boleh dibuat di pautan https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia di bawah:
- Laman web : http://www.mpm.edu.my/
- Telefon : 0361261600
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.