Skip to content

Semakan Kelayakan Bantuan BMT RM800

Semakan Kelayakan Bantuan BMT RM800 – Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang layak boleh memohon dan membuat semakan berkaitan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024 di Portal Pekebun Kecil RISDA atau hadir di mana-mana Pejabat RISDA.

Portal rasmi RISDA ini juga membolehkan Pekebun Kecil memohon bantuan yang ditawarkan oleh RISDA secara atas talian dan sistematik.

Bantuan BMT RM800

Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT adalah sebuah bantuan yang diperkenalkan bagi membantu penoreh dan pekebun kecil dalam menghadapi musim itu setiap tahun. Musim Tengkujuh selalunya menyebabkan taburan hujan luar biasa di negara ini dan ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan pendapatan para pekebun.

Malah, pihak Kerajaan juga telah menaikkan kadar BMT ini kepada RM800, berbanding RM600 sebelum ini. Ia kemudiannya akan diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Bantuan BMT RM800

Semakan Kelayakan Bantuan BMT

Untuk makluman, BMT disalurkan kepada Pekebun Kecil dan mengusahakan lot bertanam getah atau penoreh yang tidak memiliki dan menoreh di lot bertanam getah dengan jumlah keluasan tanah 2.5 hektar ke bawah.

Syarat-syarat kelayakan BMT dalah seperti berikut:

  • Pekebun Kecil Getah
    • Warganegara Malaysia sahaja.
    • Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
    • Memiliki jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat.
    • Pemilik tanah yang sah.
    • Satu lot hanya seorang penerima sahaja (tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi).
    • Seorang pekebun kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
  • Penoreh Getah
    • Warganegara Malaysia.
    • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA.
    • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.
    • Mendapat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.
    • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) atau Slip Pengaktifan PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat.
    • Satu lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
    • Seorang penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.

Cara Memohon BMT

Bagi permohonan bantuan ini, ia boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Pekebun Kecil RISDA atau secara manual dengan mengisi borang permohonan di pejabat-pejabat RISDA terdekat. Permohonan BMT telah pun dibuka pada 1 Jun lalu dan akan ditutup pada 30 September 2024 nanti.

Bagi tarikh pembayaran BMT, ia akan dibuat secara berfasa (4 kali) bermula pada bulan November 2024 sehingga Februari 2025. Kadar bagi setiap bulan pula adalah sebanyak RM200/sebulan.

Info dan maklumat lengkap berkenaan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT), sila rujuk di Portal Rasmi RISDA (DI SINI).

Selain itu, RISDA juga memperkenalkan Program Tanam Semula Getah (TSG) iaitu sebuah program bantuan Tanam Semula pokok getah tua yang tidak ekonomik dengan pokok getah baharu dari klon berpenghasilan tinggi. Bantuan disalurkan secara lima ansuran.

Syarat-syarat kelayakan program ini pula adalah seperti berikut:

  • Semasa
    • Warganegara Malaysia;
    • Mempunyai tanah milikan yang sah keluasan minimum 0.1 hektar dan keluasan maksimum 40.0 hektar;
    • Pemilik yang tidak mempunyai milikan yang sah perlu mendapatkan pengesahan agensi pelaksana @ pihak berkuasa tempatan
  • Berturut
    • Selesai bayaran sepenuhnya ansuran sebelumnya
    • Kebun getah diselenggara serta melaksanakan amalan pertanian baik (GAP)
    • Sekurang-kurangnya 85% pokok hidup subur daripada jumlah pokok yang ditanam

Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM13,710 / hektar (Semenanjung Malaysia), RM 14,955 / hektar (Sabah)  dan RM 14,805 / hektar (Sarawak).

Bagi yang berminat dan menepati syarat-syarat, permohonan boleh dibuat di pejabat RISDA Stesen, Daerah/Jajahan/Bahagian, Negeri yang berhampiran.

Semakan Status Permohonan BMT

Jika anda sudah membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh, anda boleh menyemak status permohonan anda melalui link di bawah:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.