Skip to content

Sekarang kamu rasa, Karim jawab Sanusi mohon tanggung kos Sukma

PETALING JAYA: Seorang menteri Sarawak menolak permintaan Menteri Besar Sanusi Nor supaya negeri itu bantu menampung sebahagian kos penghantaran kontinjen Kedah ke Sukan Malaysia (Sukma).

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata Sabah dan Sarawak sentiasa perlu menanggung kos begitu tinggi untuk ke Malaysia Barat bagi acara peringkat kebangsaan.

Katanya, permintaan Sanusi menunjukkan betapa mahalnya kos bagi kedua-dua negeri di Malaysia Timur selama ini, lapor The Borneo Post.

“Apa diketengahkan menteri besar Kedah ialah apa yang Sabah dan Sarawak terpaksa tanggung semasa acara kebangsaan, termasuk sukan, setiap kali diadakan di Semenanjung.

“Kontinjen dari Sabah dan Sarawak terpaksa menanggung kos untuk sebarang acara sukan, sama ada Sukma atau liga bola sepak kebangsaan tahunan. Kami menderita dalam diam setiap tahun hanya untuk mengambil bahagian,” kata Karim.

Semalam, Sanusi dilaporkan berkata beliau berharap Sarawak menanggung sebahagian kos untuk menghantar kontinjen negeri itu ke Sukma.

Katanya, ia susulan kos tinggi yang terpaksa ditanggung termasuk tiket penerbangan dan membawa beberapa kontena peralatan.

Sanusi berkata beliau merasakan negeri lain turut berdepan isu sama.

Karim berkata, Sanusi mungkin hanya bergurau, sambil menambah Kedah adalah negeri kaya yang mampu menanggung kosnya.

“Menteri besar Kedah, pada satu ketika, pernah menyebut bahawa ia boleh menjadi maju dan berjaya seperti Selangor.”

Sukma 2024 akan diadakan di sembilan daerah negeri itu bermula 17 hingga 24 Ogos. Sebanyak 37 sukan akan dipertandingkan, membabitkan 488 acara dengan penyertaan 12,619 atlet dan pegawai.

Ini adalah kali ketiga Sarawak menganjurkan sukan itu selepas 1990 dan 2016.

Sumber Freemalaysiatoday

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.