SARA Untuk Semua – Bantuan RM100 One-off Menerusi MyKad
Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan RM100 one-off kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan.
Perkara ini telah diumumkan dalam Pengumuman Penghargaan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.
Pemberian menerusi MyKad mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2025 untuk pembelian barangan asas di 4100 kedai seluruh negara.
Tarikh Pelaksanaan / Penebusan SARA UNTUK SEMUA
Kredit RM100 SARA UNTUK SEMUA sah digunakan sehingga tarikh luputnya, 31 Disember 2025. Baki yang tidak dibelanjakan akan diagihkan semula kepada golongan rentan melalui program yang diputuskan kelak.
Kelayakan
Setiap individu rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas layak menerima RM100 secara one-off menggunakan MyKad.
Secara kolektif, sesebuah isi rumah berpeluang menerima jumlah kredit SARA yang lebih tinggi. Contohnya, sebuah keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan 2 orang anak berumur 18 tahun ke atas akan menerima jumlah keseluruhannya RM400.
Senarai Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan MyKad Menerusi Program SARA Untuk Semua
Kredit SARA boleh dibelanjakan di lebih 4,100 premis runcit melibatkan lebih 90,000 barangan keperluan dalam 14 kategori — antaranya beras, telur, kebersihan rumah, ubat-ubatan dan keperluan sekolah.
Jika anda merupakan penerima SARA atau program MyKasih sebelum ini, mekanisme yang digunakan adalah serupa.
Maklumat Lanjut Program SARA Untuk Semua
SARA merupakan program pelengkap kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang menyalurkan kredit bulanan khusus untuk pembelian barangan asas. Inisiatif ini digagaskan oleh Kerajaan MADANI dan diperkenalkan menerusi Belanjawan MADANI pertama pada 2023, serta kini memanfaatkan 5.4 juta penerima aktif.
Dengan pelaksanaan inisiatif one-off ini, jumlah keseluruhan peruntukan di bawah program STR dan SARA meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion bagi tahun 2025.
Kedua-dua inisiatif ini merupakan tanda penghargaan Kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus bersama mendukung reformasi fiskal negara. Ia juga mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk mengagihkan semula kekayaan negara yang semakin berkembang — hasil daripada keberanian melaksanakan langkah-langkah pembaharuan fiskal dan pengurusan ekonomi yang lebih cekap, berlandaskan hala tuju yang dipeta dalam kerangka Ekonomi MADANI.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan media Kementerian Kewangan melalui lampiran berikut:


PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.