Skip to content

SARA 2025 : Bantuan Sumbangan Asas Rahmah

SARA 2025 : Bantuan Sumbangan Asas Rahmah – Dalam Belanjawan 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan manfaat peruntukan STR 2025 dan SARA 2025 (MyKasih) yang telah ditingkatkan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini.

Inisiatif bantuan ini bakal disalurkan kepada sembilan juta penerima atau sekitar 60 peratus penduduk dewasa di negara kita.

SARA 2025

SARA adalah singkatan kepada Sumbangan Asas Rahmah iaitu sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas melalui program MyKasih 2025.

Bagi STR 2025 untuk kategori isi rumah akan meningkat kepada 4.1 juta penerima berbanding penerima berbanding 700,000 pada 2024. Penerima juga akan menerima SARA RM100 sebulan menerusi MyKad mulai April 2025 untuk pembelian makanan, minuman, ubatan, barang persekolahan dan kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.

Kategori bujang pula akan menerima STR 2025 bernilai RM600 pada tahun depan berbanding RM500 pada 2024.

Penambahan peruntukan RM3 bilion membolehkan kadar maksimum diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600 berbanding RM3,700.

Sara 2025
Kredit : Bernama

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

PERINCIAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA / MYKASIH) 2025

Program SARA 2025 bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025, dengan menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

  1. Di bawah program ini, penerima yang layak boleh menerima barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar.
  2. Kelayakan untuk menerima bantuan SARA adalah berasaskan status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih, iaitu data rujukan untuk kementerian dan agensi Kerajaan.
  3. Pemberian wang bantuan SARA akan diagihkan RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan melalui pembelian tanpa tunai.
  4. Manakala untuk kategori bujang pula akan menerima STR RM600.
Kredit: Jabatan Penerangan Malaysia

Kategori & Jumlah Bantuan SARA 2025

Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan berjumlah seperti berikut:

Semakan Kelayakan

Semakan kelayakan STR 2025 ini akan terpapar dalam laman web STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/ seperti berikut:

Kredit: Belanjawan 2025 Malaysia MADANI

Bagi yang menerima paparan jumlah yang layak RM1200, anda akan menerima kredit RM100 sebulan melalui MyKasih.

Semakan juga boleh dibuat melalaui aplikasi MyKasih di pautan berikut: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus

Jika status anda LAYAK, anda akan menerima paparan seperti di bawah. Tetapi jika tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan.

Jika anda ingin mendaftar eKasih, sila rujuk langkah-langkah pendaftaran di sini: eKasih: Pendaftaran, Semakan Status & Jenis Bantuan Yang Diterima

Kaedah Penyaluran Bantuan SARA 2025

Bagi penerima program SARA di Semenanjung Malaysia, bantuan SARA akan disalurkan RM100 sebulan untuk isi rumah, RM600 untuk warga emas tiada pasangan dan RM600 untuk golongan bujang.

Hanya penerima SARA di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bantuan SARA akan disalurkan dua kali setahun.

Bantuan ini akan disalurkan secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima dengan membolehkan penerima SARA membeli barangan runcit asas di bawah kategori produk yang diluluskan oleh pasar raya dan kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

Tarikh Bayaran

Program SARA 2025 bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh bayaran, kami akan mengemaskini dari semasa ke semasa.

Cara Beli Barangan Bantuan SARA 2025

Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan ke SARA, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 12 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih.

Pasar raya / Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.

Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Anda boleh semak video tutorial yang disediakan melalui Whatsapp atau Youtube (https://youtu.be/AuNFYupVcXA) atau hubungi nombor talian tertera yang telah anda terima melalui Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih.

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan keperluan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:

Kaedah pembelian barangan keperluan adalah seperti berikut:

  1. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
  2. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  4. Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.

Cara Semakan Baki SARA 2025

Anda boleh semak baki SARA 2025 melalui kaedah berikut:

Untuk lebih mudah, anda boleh memuat turun aplikasi MyKasih di Google Play atau Apple App Store secara percuma bagi memudahkan penerima SARA 2025 membuat semakan baki dalam akaun MyKad, jenis barangan yang boleh dibeli, dan kedai terdekat untuk membuat pembelian.

Senarai Kedai

Anda boleh rujuk senarai kedai yang berdaftar di bawah Program SARA di setiap negeri melalui pautan berikut : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk senarai soalan lazim di bawah:

Anda boleh ikuti perkembangan terkini dan maklumat sahih berhubung Sumbangan Tunai Rakyat (STR) dalam Belanjawan 2025 oleh Kementerian Kewangan melalui laman web rasmi https://belanjawan.mof.gov.my/

Sila layari juga pautan https://www.youtube.com/@PARLIMENMALAYSIA1 atau laman web rasmi https://www.parlimen.gov.my/ untuk makluman terkini.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.