Rumah Sewa Mampu Milik Serendah RM124 Sebulan – Untuk makluman anda, permohonan bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) kini masih dibuka. Kepada anda yang ingin membuat permohonan, bolehlah berbuat demikian.
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi tahun 2019, golongan B40 merangkumi 2.91 juta isi rumah di Malaysia dan had pendapatan bagi kumpulan ini adalah RM4,849. Bagi kategori miskin dan miskin tegar pula, purata Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 seluruh negara ialah RM2,208.
Dengan hasil pendapatan yang kecil seperti ini, agak sukar untuk rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri. Maka oleh itu, Kerajaan telah memperkenalkan satu program yang dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat (PPR).
PPR 2024 : PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT
Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan salah satu usaha kerajaan untuk penempatan setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah seperti B40. Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi yan dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan projek-projek PPR di seluruh Malaysia.
Untuk pengetahuan, terdapat dua skim PPR yang boleh dimohon iaitu :
- PPR Disewa
- PPR Dimiliki
CIRI-CIRI RUMAH PPR 2024
Berikut merupakan ciri-ciri Program Perumahan Rakyat (PPR) :
- Kawasan bandar-bandar besar
– Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat - Kawasan pinggir bandar
– Jenis rumah teres - Keluasan
– Tidak kurang daripada 700 kps - Binaan
– 3 bilik tidur
– 1 ruang tamu
– 1 ruang dapur
– 2 bilik air - Kemudahan asas
– Dewan komuniti / ruang orang ramai
– Surau / ruang solat
– Gerai makan / ruang niaga
– Tadika
– Kemudahan OKU
– Taman permainan / kawasan lapang
– Rumah sampah
KADAR SEWA PPR 2024
Kadar sewa bulanan bagi rumah PPR ini adalah :
- RM124.00
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON PPR
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, Skim PPR ini terbahagi kepada dua iaitu PPR Dimiliki Dan PPR Disewa. Berikut adalah syarat kelayakan bagi kedua dua skim tersebut :
Skim PPR Dimiliki
Syarat kelayakan bagi permohonan skim PPR Dimiliki ini adalah :
- Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah ≤ RM3,000 sebulan
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
Skim PPR Disewa
Syarat kelayakan bagi permohonan skim PPR Dimiliki ini adalah :
- Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah ≤ RM3,000 sebulan
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.