RM200 Akan Dikreditkan Mac Ini Sempena Aidilfitri. Dalam usaha meringankan beban kewangan rakyat, terutama menjelang sambutan Aidilfitri, kerajaan Negeri Sembilan telah mengumumkan pemberian bantuan khas sebanyak RM200 yang akan dikreditkan pada Mac ini.
Inisiatif ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan dalam membuat persiapan hari raya dengan lebih selesa.
Bantuan ini juga mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, khususnya dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.
RM200 Akan Dikreditkan Mac Ini. Bantuan Khas Kewangan Sempena Aidilfitri
Pada Januari lalu, Kerajaan Negeri Sembilan telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Sempena Aidilfitri sebanyak RM200 secara ‘one-off’.
Bantuan ini akan diberikan kepada sekitar 48 ribu orang penjawat awam persekutuan dengan peruntukan hampir RM10 juta. Ia adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas pengorbanan dan kerjasama penjawat awam negeri dan persekutuan dalam menggapai kejayaan Kejaraan Negeri Sembilan.
“Sumbangan RM200 kepada penjawat awam Negeri Sembilan kita sedia maklum penjawat awam di Negeri Sembilan ni ramai hampir 50,000 orang melibatkan tentera, guru-guru dan lain-lain.
“Kita beri RM200 ini sebagai menghargai pengorbanan mereka dalam kerjasama bersama agensi sedia ada. Ini memberikan kita kejayaan yang kita rasai hari ini,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun selepas Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2025 dan Pra-Pelancaran Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.
Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Sempena Aidilfitri
Antara syarat yang ditetapkan bagi melayakkan bantuan khas ini adalah pegawai lantikan tetap yang mengisi jawatan di perjawatan berdasarkan waran perjawatan di Jabatan/ Agensi Persekutuan di Negeri Sembilan dan pegawai yang masih berkhidmat pada 31 Disember 2024 dan sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut di Negeri Sembilan pada tahun 2024.
Mereka yang tidak layak menerima bantuan khas ini pula adalah:
- Pegawai yang berkhidmat kurang daripada 30 hari berturut-turut (termasuk semua jenis cuti bergaji penuh yang layak) bagi tempoh hingga 31 Disember 2024 di Negeri Sembilan;
- Pegawai yang dipinjam, ditukar sementara, ditempatkan atau ditugaskan di luar Negeri Sembilan;
- Pegawai yang sedang berkursus, bercuti belajar bergaji penuh, bercuti separuh gaji atau bercuti tanpa gaji melebihi tiga (3) bulan;
- Guru Interim;
- Pegawai badan-badan berkanun Persekutuan;
- Pegawai lantikan kontrak (Contract of Service dan Contract for Service), Pekerja Sambilan Harian atau MySTЕР.
Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat secara automatik ke akaun penerima yang layak pada bulan Mac 2025.
Dimaklumkan juga bahawa bantuan ini tidak melibatkan sebarang permohonan kerana ia diberikan secara automatik kepada setiap penerima.
Info terperinci dan penuh berkenaan bantuan khas ini boleh dilihat di Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus Bilangan 1 Tahun 2025 – DI SINI.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.