Skip to content

Rebat Bil Elektrik RM40 Setiap Bulan Adakah Masih Dilaksanakan?

Rebat Bil Elektrik RM40 Setiap Bulan – Program ini telah dimulakan sejak 1 Februari 2021 menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 dalam sistem eKasih.

Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini merupakan bantuan kerajaan secara bersasar khusus kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus ‘Miskin Tegar’ yang disahkan oleh sistem eKasih.

Pada asasnya, Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini adalah sebuah program bantuan Kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga maksimum RM40 kepada Ketua Isi Rumah yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.

“Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar dengan peruntukan RM55 juta. Selain itu, Kerajaan juga bersetuju mengecualikan bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri,” petikan ucapan Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024.

Syarat-syarat Kelayakan Rebat Bil Elektrik RM40

Berikut adalah maklumat kelayakan e-Kasih yang telah ditetapkan oleh Kerajaan:

  • Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar seperti yang disenaraikan dalam Sistem eKasih dan semakanrebat.nrecc.gov.my layak untuk Program Rebat Bil Elektrik RM40 tahun 2023;
  • Pendapatan bagi miskin tegar adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per isi rumah yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM). Dalam hal ini, pendapatan purata bulanan nasional untuk Miskin Tegar adalah RM1,169;
  • Individu yang ingin mendaftar dalam program eKasih dikehendaki merujuk/ menghubungi Pejabat Pembangunan Persekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPPN/JPP), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (UPP JPM) di peringkat negeri atau Unit Pembangunan Daerah. Data dalam sistem eKasih dikumpulkan melalui kaji selidik dan didaftarkan oleh pejabat PPPN / JPP UPP JPM di peringkat negeri.

Pelaksanaan Program Rebat Bil Elektrik RM40

Untuk maklumat, ketua isi rumah yang berkelayakan boleh menerima rebat sehingga RM40 dalam bil elektrik bulanan sehingga 31 Disember 2024.

Rebat bil elektrik hanya akan diberikan maksimum RM40 sebulan. Jika bil kurang daripada RM40, baki tidak akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil lebih daripada RM40, penerima perlu membayar baki bil tersebut.

Setiap ketua isi rumah layak menerima rebat untuk satu akaun bil elektrik sahaja di bawah tarif Domestik, A. Rebat RM40 ini pula merangkumi semua jenis caj bil, termasuk penalti lewat bayar.

Penerimaan rebat ini pula akan dibuat secara automatik kepada mereka yang layak iaitu telah didaftarkan di bawah e-Kasih.

Untuk ketua isi rumah layak yang tidak mempunyai akaun berdaftar dengan TNB atau menyewa rumah, permohonan rebat untuk akaun elektrik pihak ketiga boleh dihantar ke Kedai Tenaga terdekat melalui borang permohonan di pautan: http://semakanrebat.nrecc.gov.my.

Cara Nak Rebat Bil Elektrik RM40

Untuk makluman, mana-mana KIR yang mempunyai bil bulanan kurang daripada RM40 tidak perlu membayar dan baki rebat tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.

Manakala bil bulanan KIR yang melebihi RM40, mereka hanya perlu membayar baki bil (tolak RM40 daripada bil bulanan).

Bagi pengguna yang tersenarai sebagai miskin tegar, bil bulanan mereka akan ditolak secara automatik daripada akaun pengguna.

Cara Semakan Rebat Elektrik RM40

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan rebat ini boleh dibuat melalui cawangan TNB, SESB atau SEB yang terdekat untuk mengemaskini nombor akaun bil elektrik.

Semakan kelayakan program ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Semakan Rebat Bil Elektrik https://semakanrebat.petra.gov.my/apps/public/index.php

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lebih teliti berkenaan cara pelaksanaannya boleh rujuk soalan lazim (FAQ) di portal berikut – DI SINI.

Manakala di bawah Belanjawan 2024 – Kerajaan akan terus melonjakkan pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) tempatan dan menggalakkan penerimaan rakyat terhadap penggunaan EV.

Oleh itu, memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah. Skim ini akan memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli.

Maklumat lengkap berkenaan manfaat-manfaat di bawah Belanjawan 2024 boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version