Rasmi: STR Fasa 2 akan dikreditkan bermula 5 April ini. Orang ramai akan menerima bayaran fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah STR secara berperingkat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Menteri Kewangan berkata RM1.2 billion diperuntukkan bagi agihan STR fasa 2 ini.
Pengumuman ini dibuat ketika mesyuarat pertama penggal kedua parlimen ke-15 Dewan Undangan Negara pada Jumaat lalu.
Tarikh Bayaran STR Fasa 2
Untuk pengetahuan anda, penerima yang layak akan dapat bayaran STR sebanyak 4 kali untuk tahun 2023.
Berikut adalah jadual pembayaran:
- Bulan Jan (Fasa 1)
- Bulan April (Fasa 2)
- Bulan Ogos (Fasa 3)
- Bulan Disember (Fasa 4)
Untuk fasa 2 STR akan diagihkan kepada penerima mulai 5 April 2023 ini. Agihan dan pengkreditan bayaran ini akan dilakukan secara berperingkat.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 2
Berikut adalah kadar dan jumlah agihan bayaran STR Fasa 2. Sila rujuk jadual dibawah :
JADUAL BAYARAN STR FASA 2
JUMLAH BAYARAN STR 2023
Berikut adalah kadar dan jumlah keseluruhan bayaran STR 2023 sebanyak 4 Fasa. Sila rujuk jadual dibawah :
Kategori Isi Rumah (Pendapatan RM2500 Kebawah)
- Tiada anak – RM1000
- 1-2 orang anak – RM1500
- 3-4 orang anak – RM2000
- 5 orang anak keatas – RM2500
Kategori Isi Rumah (Pendapatan RM2501 – RM5000)
- Tiada anak – RM500
- 1-2 orang anak – RM750
- 3-4 orang anak – RM1000
- 5 orang anak keatas – RM1250
Warga Emas/Tiada Pasangan (Pendapatan RM5000 kebawah)
- RM600
Bujang (Pendapatan RM2500 kebawah)
- RM350
Manakala bagi bantuan tambahan sebanyak RM600 boleh semak disini.
Cara Semak STR Fasa 2
Berikut adalah cara semak :
- Sila layari website rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Isi Nombor Kad Pengenalan anda.
- Masukkan kod captcha.
- Klik semak.
- Status permohonan anda akan dipapar.
MAKLUMAT LANJUT
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.