Punca Gagal Permohonan STR 2024 – Terdapat berbagai faktor yang boleh menyebabkan kegagalan permohonan STR 2024 seperti tidak memenuhi syarat. Namun, pemohon STR tetap berpeluang untuk merayu dalam kes ini.
Sebab-sebab kegagalan permohonan STR 2024 adalah seperti berikut:
- Pemohon bantuan Rahmah tidak mengemaskini maklumat mereka dalam sistem sepenuhnya.
- Pemohon bantuan Rahmah 2024 adalah golongan berpendapatan tinggi seperti M40 dan T20.
- Pemohon tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dalam permohonan yang ditetapkan.
- Maklumat bantuan terkini pemohon untuk 2024 adalah salah.
- Pemohon bantuan 2024 adalah individu yang berumur 18 tahun ke atas dan masih belajar sepenuh masa.
Jangan lupa untuk menyemak status terkini STR 2024 dalam talian. Ramai pemohon telah menukar status permohonan STR mereka kepada status “Dalam proses”.
Anda boleh menyemak status STR seperti berikut:
- Layari bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik MySTR untuk masuk
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Pengesahan kata laluan selamat
- masukkan kata laluan
- Klik untuk semak
- Maklumat status kemudian dipaparkan
Permohonan Baharu STR 2024
Pemohon yang perlu membuat permohonan STR 2024 baharu ialah:
- Pemohon yang memohon permohonan baru str tidak mempunyai rekod dalam sistem STR
- Pendapatan isi rumah hendaklah bernilai RM5,000 ke bawah
- Syarat layak untuk orang bujang/tiada pasangan/tiada anak ialah RM2,500 dan ke bawah.
Berikut ialah cara untuk mengisi permohonan STR 2024 anda:
- Layari bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik Baharu Mohon STR 2024
- Isikan maklumat permohonan
- Kemudian Sahkan
- Akhir sekali hantar
Jumlah Bayaran STR 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan terdapat kenaikan pada kadar bayaran STR tahun hadapan. Ianya dilakukan setelah pihak sedar rakyat Malaysia ketika ini menghadapi masalah dengan keadaan kewangan mereka.
Selain itu, beliau berkata bahawa bayaran fasa pertama akan dinaikkan sebanyak RM500 berbanding STR 2023 hanya RM350 sahaja. Berikut adalah kadar bayaran yang akan diterima pada Sumbangan Tunai Rahmah 2024 nanti mengikut setiap kategori penerima :
Maklumat Lanjut
Sebarang bantuan dan info lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Terdapat pelbagai lagi bantuan yang dikongsikan oleh pihak Mynewskini daripada pihak kerajaan. Ketahui jenis bantuan lain, sila rujuk SINI
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.