PTPTN Diskaun bayaran balik pinjaman bakal dilaksanakan bermula Mac ini. Hal ini diumumkan sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia membentang belanjawan Madani pada Jumaat lepas.
Kerajaan Malaysia Madani telah bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN sebanyak 20% kepada rakyat Malaysia.
Sedikit sebanyak informasi tentang Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN ini dikongsikan di bawah, manakala sebarang kemaskini (update) akan dikongsikan oleh pihak kerajaan juga akan Mynewskini kongsikan dari semasa ke semasa.
PTPTN Diskaun Bayaran Balik Pinjaman
Pemberian diskaun yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam Belanjawan 2023 ini adalah mengikut ketentuan seperti berikut:
- Pertama : Diskaun sehingga 20% akan dilaksanakan bermula 1 Mac untuk tempoh 3 bulan
- Kedua : Penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang berpendapatan kurang daripada RM1800 selama 6 bulan.
Tempoh Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Potongan 20% bayaran balik pinjaman PTPTN ini akan bermula pada 1 Mac 2023 selama 3 Bulan.
Permohonan penangguhan bayaran balik juga boleh dilakukan bermula tarikh 1 Mac tersebut.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat tambahan atau terdapat sebarang pertanyaan berkenaan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini, anda boleh terus berhubung dengan pihak PTPTN melalui:
- Facebook : PTPTN Official
- Careline: 03-21933000
- Live Chat: www.ptptn.gov.my
- e-Aduan: https://eaduan.ptptn.gov.my/
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.