Syarikat penerbangan tambang murah terkenal, AirAsia telah mengumumkan penerbangan tambahan yang menarik dengan kadar harga tambang rendah dan tetap sempena sambutan Tahun Baharu Cina antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak pada tarikh 17 hingga 30 Januari 2023.
Pengumuman AirAsia pada dua hari lalu meliputi penerbangan antara Kuala Lumpur ke Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri, serta dari Johor Bahru ke Kuching, Sibu dan Miri pada harga RM199 sehala. Ia juga termasuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Tawau, serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu pada hanya RM249 sehala.
Harga tersebut sudah termasuk cukai dan yuran berkaitan, tetapi ada terma dan syarat yang perlu diketahui penumpang sebelum membeli. Harga tambang rendah tetap ini hanya untuk penerbangan tambahan, yang disenaraikan seperti jadual di bawah mengikut nombor penerbangan yang dinyatakan. Ia juga tidak termasuk tambahan perkara lain seperti makanan, kerusi dan bagasi daftar masuk.
Menurut AirAsia, semua tempat duduk akan tersedia untuk tempahan bermula pada dua hari lalu.
Selain 52 penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap ke enam destinasi popular di Sabah dan Sarawak, AirAsia juga mengendalikan 274 penerbangan mingguan pada tambang biasa ke destinasi yang sama.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kerajaan menggalakkan semua syarikat penerbangan menambah kekerapan penerbangan namun pada masa yang sama beliau memahami bahawa langkah itu bergantung kepada keupayaan secara individu.
Jadual Penerbangan Tambahan dan Tambang Murah Tetap AirAsia Tahun Baru Cina
Serendah RM23 sehala, RM46 pergi balik
KL – Langkawi – KL RM46
KL – Johor Bahru – KL RM46
KL – Kuala Terangganu – KL RM46
KL – Alor Setar – KL RM46
KL – Penang – KL RM46
KL – Kota Bharu – KL RM46
KL – Bintulu – KL RM178
KL – Sibu – KL RM198
KL – Miri – KL RM198
KL – Kuching – KL RM198
KL – Labuan – KL RM258
KL – Kota Kinabalu – KL RM316
KL – Sandakan – KL RM338
KL – Tawau – KL RM338
Penang – Langkawi – Penang RM46
Penang – Johor Bahru – Penang RM46
Penang – Kuching – Penang RM78
Kuching – Miri – Kuching RM46
Kuching – Sibu – Kuching RM46
Kuching – Bintulu – Kuching RM46
KK – Sandakan – KK RM46
KK – Tawau – KK RM46
KK – Miri – KK RM46
KK – Kuching – KK RM46
Tempahan bermula : 26 Dec 2022 – 1 Jan 2023
Tarikh penerbangan : 7 Mar 2023 – 30 Mar 2024
Tempahan boleh dibuat melalui website atau aplikasi rasmi Airasia.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.