Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 atau SYUKUR dilancarkan pada 19 Februari

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor akan  melancarkan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 atau SYUKUR pada 19 Februari  2025 di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, di Tuaran, jam 10 pagi. 

Secara dasarnya Program Sentuhan Kasih Rakyat atau SYUKUR ini akan memberi  manfaat kepada 100,000 penerima di seluruh negeri. 

Program ini menyediakan bantuan tunai sebanyak RM300 setiap bulan kepada  penerima yang layak sehingga 31 Disember 2025,  

Penerima bagi program ini membabitkan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar  yang berdaftar dalam sistem eKasih setakat 31 Disember 2024. 

Amaun pembayaran bagi program ini akan dibayar secara berfasa dengan setiap fasa  adalah di bayar secara “lump-sum” bagi tempoh tiga (3) bulan iaitu sebanyak RM900  yang akan dikreditkan ke akaun kepada mereka yang mempunyai akaun dan kepada  penerima bantuan secara tunai.  

Fasa satu pada Januari-Mac 2025, diagihkan bermula Februari manakala fasa kedua  (April – Jun 2025), diagihkan bermula April; fasa ketiga (Julai – September 2025)  diagihkan bermula September 2025 dan fasa keempat (Oktober – Disember 2025)  diagihkan pada Oktober 2025. 

Antara objektif SYUKUR ialah untuk meringankan beban kewangan penerima bagi  memenuhi keperluan asas mereka; menyokong golongan yang memerlukan agar dapat  menjalani kehidupan yang lebih selesa; mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah  menerusi bantuan berterusan; dan sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan terhadap  kesejahteraan rakyat. 

Sumber

 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version