Skip to content

Program Rumah Mesra Rakyat

  • Bantuan

Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) adalah sebuah bantuan subsidi pembelian rumah di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk menolong golongan yang berpendapatan isi rumah sehingga RM5,000 yang tidak mempunyai rumah ataupun tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah bertujuan untuk membina rumah sendiri yang selesa dan sempurna.

KELAYAKAN PERMOHONAN PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT

Kelayakan permohonan Program Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon adalah berumur 18 – 65 tahun
  • Pendapatan bulanan seisi rumah adalah tidak melebihi RM5,000
  • Pemohon dan juga pasangan tidak memiliki rumah sendiri/ atau memiliki rumah usang/ tidak sempurna
  • Tanah/ tapak cadangan mestilah bersesuaian dan juga bebas daripada bebanan/ gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukannya Tuan Tanah, pemohon mestilah mendapatkan kebenaran daripada Tuan Tanah.
  • Keluasan tanah adalah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada reka bentuk) Tertakluk kepada peruntukan kewangan

Nota:  

  • Keperluan penama kedua berumur 18-43 tahun untuk pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia. 
  • Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlulah memberikan maklumat pasangan beserta jumlah tanggungan. 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan untuk Program Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan Kad Pengenalan Tuan Tanah
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan Geran Hak Milik Tanah terbaru dan juga sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan)/ Surat Akuan Sumpah Pendapatan/ Surat Pengesahan Pendapatan pemohon/pemohon kedua
  • Surat Akuan Sumpah/ Surat Pengesahan Tidak Memiliki Rumah atau memiliki rumah yang usang
  • Surat Akuan Kebenaran Pelepasan tuan tanah
  • Salinan Sijil Nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

JUMLAH PINJAMAN

Tertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNB.

PERMOHONAN PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT

Untuk permohonan Program Rumah Mesra Rakyat, sila klik pada pautan berikut:

CARA MEMOHON

  • Kaedah memohon: 
  1. Tekan butang permohonan di Portal Pendaftaran RMR
  2. Klik pendaftaran baru dan isi borang pendaftaran login dengan lengkap 
  3. Login ID dan kata laluan akan dihantar kepada pemohon 
  4. Log masuk ke Laman Utama, dengan menggunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR 
  5. Lengkapkan borang dengan mengisi maklumat ke dalam sistem 
  6. Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang 
  7. Hantar borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan 
  8. Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan 
  • Dokumen yang diperlukan: 
  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) 
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan) 
  4. Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru 
  5. Slip gaji terkini (3 bulan)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua 
  6. Surat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang 
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah 
  8. Salinan sijil nikah pemohon 
  9. Borang laporan tapak bergambar 

Nota:  

– Surat Pengesahan pendapatan/tidak memiliki rumah/memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu/Ketua kampung/Pegawai Profesional Kelas A  

– SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa  

– Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB  

– Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan 

PERTANYAAN LANJUT

AGENSI PELAKSANA
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
TELEFON: +603-7849-2000
EMEL: [email protected]

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.