Program Daya Kerjaya 2.0 dilaksanakan pada awal tahun ini dan masih boleh dimohon sehingga Disember ini.
Insentif penggajian sebanyak RM1,500 sebulan selama 6 bulan untuk setiap pekerjaan ditawarkan melalui program ini.
Berikut adalah info mengenai program ini.
Program Daya Kerjaya 2.0
Program ini merupakan satu insentif penggajian yang diberikan kepada majikan bagi permohonan yang dilakukan mulai 10 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024 untuk pengambilan pekerja baharu mulai 1 Disember 2023.
Program ini membabitkan penempatan pekerjaan bagi kumpulan sasar dalam kalangan golongan mudah terjejas seperti Orang Kurang Upaya (OKU), bekas banduan, pesara dan warga emas mendapatkan pekerjaan dan gaji dengan nilai yang lebih tinggi.
Insentif khas ini adalah sebanyak RM1,500 sebulan selama 6 bulan untuk majikan yang mengambil pekerja daripada kumpulan sasar ini.
Objektif Daya Kerjaya 2.0
Berikut merupakan objektif utama pengenalan skim bantuan pekerjaan Daya Kerjaya 2.0 ini:
- Menggalakkan sektor swasta/GLC/GLIC menggaji pekerja dalam kalangan golongan mudah terjejas dengan nilai yang lebih tinggi.
- Menggalakkan golongan mudah terjejas seperti OKU, bekas banduan, pesara dan warga emas mendapatkan pekerjaan dan gaji.
Tarikh Permohonan Program Daya Kerjaya
Tarikh dan tempoh permohonan program ini adalah seperti berikut:
- Tarikh buka permohonan: 10 Januari 2024
- Tarikh tutup permohonan: 31 Disember 2024
Keistimewaan Daya Kerjaya 2.0
Berikut merupakan beberapa keistimewaan yang ditawarkan kepada syarikat swasta/GLC/GLIC yang mengambil bahagian dalam skim pekerjaan Daya Kerjaya 2.0 ini:
1. Tiada had permohonan bilangan pekerja.
2. Majikan boleh mendapatkan calon melalui Portal MYFutureJobs dan temu duga terbuka anjuran PERKESO.
3. Mendapatkan khidmat nasihat bagi penggajian bagi penggajian golongan mudah terjejas dalam kalangan OKU/peserta RTW (Return To Work) di bawah PERKESO, bekas banduan, pesara dan warga emas.
Syarat-syarat Tambahan
Berikut merupakan syarat-syarat tambahan yang perlu dipenuhi oleh majikan untuk membolehkan mereka mendapat insentif yang ditawarkan melalui skim ini:
- Majikan hendaklah telah berdaftar atau mencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem
- Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) semasa permohonan dilakukan.
- Majikan atau perusahaan hendaklah telah berdaftar dengan SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan semasa permohonan dilakukan.
- Majikan hendaklah mengiklankan jawatan dan melengkapkan profil majikan di Portal MYFutureJobs
Cara Permohonan Daya Kerjaya 2.0 (2024)
Majikan yang berminat untuk memohon insentif Daya Kerjaya 2.0 yang ditawarkan ini boleh berbuat demikian melalui laman web https://kerjayamadani.perkeso.gov.my
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat berhubung skim ini, sila rujuk saluran berikut:
Facebook PERKESO: Pertubuhan Keselamatan Sosial
Laman web rasmi perkeso.gov.my
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.