Program Bantuan Peralihan NGV – Bantuan Peralihan NGV merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Petronas NGV Sdn Bhd (PNGV) untuk menyokong pemilik kenderaan berasaskan gas asli (NGV) beralih kepada penggunaan bahan api alternatif.
Program ini dilancarkan susulan keputusan kerajaan yang akan melarang pendaftaran dan pelesenan kenderaan NGV di Malaysia bermula 1 Julai 2025.
Program Bantuan Peralihan NGV
Program Bantuan Peralihan Kenderaan NGV ini diperkenalkan oleh PETRONAS NGV Sdn Bhd (PNGV) sebagai sebahagian daripada usaha untuk membantu pengguna kenderaan NGV dalam proses peralihan kepada kenderaan petrol, diesel atau lain-lain.
Program ini bertujuan untuk menyokong keputusan Kerajaan dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan orang ramai daripada penggunaan kenderaan NGV yang tidak memenuhi piawaian keselamatan semasa.
PETRONAS NGV Sdn Bhd prihatin terhadap impak peralihan ini kepada pengguna, dan oleh itu, pakej bantuan ini disediakan untuk membantu meringankan beban kepada tiga kumpulan sasar yang layak.
Proses Permohonan
Permohonan boleh dibuat mulai 4 November 2024. Semakan kelayakan dan permohonan boleh dilakukan melalui laman web www.peralihanngv.com mengikut pakej bantuan yang ingin dipohon.
Pakej Bantuan Ditawarkan
Terdapat tiga pakej bantuan yang ditawarkan iaitu:
1. Pakej Bantuan Peralihan kepada Pemandu Teksi NGV
Pakej bantuan peralihan ini adalah khusus untuk pemandu teksi yang layak merangkumi pemberian e-baucar Setel bernilai RM3,000 secara one-off yang akan dikreditkan melalui aplikasi Setel.
1.1 Tarikh tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2024.
1.2 Syarat Kelayakan
Syarat-syarat bagi memenuhi kelayakan penerimaan pakej bantuan peralihan ini adalah seperti berikut:
- Pemandu teksi NGV yang masih aktif
- Pemegang Kad Pemandu teksi yang sah & Pemegang Permit Kenderaan yang sah (Seperti yang direkodkan dalam data APAD dari 1 Januari 2024 sehingga 30 September 2024)
- Hantar permohonan sebelum 31 Disember 2024
1.3 Langkah-Langkah Untuk Memohon
Hanya tiga langkah untuk memohon Pakej Bantuan Peralihan kepada Pemandu Teksi NGV:
Langkah 1: Semak Kelayakan (Layari: https://www.peralihanngv.com/CheckEligible)
>> Masukkan nombor kad pengenalan untuk menyemak kelayakan
Langkah 2: Mohon
>> Isi borang beserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Kad Pemandu
- Salinan Permit Kenderaan
Status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel yang didaftar semasa permohonan.
Langkah 3: Terima Bayaran
>> Muat turun aplikasi Setel dan lakukan pengesahan identiti untuk menerima pembayaran dalam tempoh 15 ke 30 hari bekerja melalui e-baucar Setel.
1.4 Panduan permohonan Pakej Bantuan Peralihan kepada Pemandu Teksi NGV
- Layari laman web www.peralihanngv.com dan klik pada Pakej 1.
- Sila semak kelayakan anda dengan melengkapkan borang yang disediakan.
- Status permohonan anda akan dihantar melalui e-mel.
- Anda akan menerima e-mel pengesahan berkenaan status kelayakan. Sekiranya permohonan anda berjaya, sila muat turun aplikasi Setel dan lakukan pengesahan identiti untuk menerima e-baucar bantuan.
1.5 Cara Semak Status Permohonan
- Untuk menyemak status permohonan yang telah dihantar, sila layari https://www.peralihanngv.com/CheckEligible, dan skrol ke bahagian bawah sehingga jumpa bahagian seperti yang dipaparkan pada gambar di bawah.
- Masukkan no kad pengenalan anda, dan klik SEMAK.
1.6 Muat Turun PDF
Muat turun PDF Syarat & Terma Kelayakan dan, Soalan Lazim untuk Pakej Bantuan 1:
2. Pakej Bantuan Peralihan bagi Kenderaan Dwi-bahan Api NGV
Pakej Bantuan Peralihan ini adalah khas untuk pemilik kenderaan dwi-bahan api NGV (dual-fuel) yang layak untuk menanggalkan kit NGV secara percuma di Rakan Bengkel yang terpilih. Ini bagi memastikan kenderaan anda mematuhi tahap kualiti dan keselamatan yang ditetapkan.
2.1 Tarikh tutup permohonan
Permohonan perlu dibuat sebelum 30 April 2025
2.2 Syarat Kelayakan
Syarat-syarat bagi memenuhi kelayakan penerimaan pakej bantuan peralihan ini adalah seperti berikut:
- Kenderaan dwi-bahan api (NGV/petrol/diesel) yang masih aktif
- Memiliki Lesen Kenderaan Motor (Road Tax) (Seperti yang direkodkan dalam data JPJ dari 1 Oktober 2021 sehingga 30 September 2024)
- Hantar permohonan sebelum 30 April 2025
2.3 Langkah-Langkah Permohonan
Hanya tiga langkah untuk memohon Pakej Bantuan Peralihan bagi Kenderaan Dwi-bahan Api NGV:
Langkah Pertama: Semak Kelayakan. (Layari: https://www.pomen.peralihanngv.com/ )
>> Masukkan maklumat di bawah untuk menyemak kelayakan:
- Nama Penuh
- Nombor Telefon
- Alamat E-mel
- Nombor Pendaftaran Kenderaan
- Nombor Casis
Langkah Kedua: Tempah Janji Temu.
>> Anda akan menerima e-mel, sila tekan pautan yang tertera. Untuk membuat janji temu, isikan borang tempahan dengan butiran dibawah:
- Tetapkan lokasi pilihan
- Tetapkan tarikh dan masa pilihan
- Muat naik salinan Sijil Pemilikan Kenderaan atau cover-note insurans.
- Muat naik gambar terkini kenderaan.
- Anda akan menerima pengesahan janji temu dan Slip Janji Temu melalui e-mel.
Langkah Ketiga: Menanggalkan Kit NGV
>> Sila bawa kenderaan anda ke bengkel yang telah ditetapkan seperti di Slip Janji Temu. Sila ambil maklum maklumat dibawah sebelum janji temu:
- Pastikan paras gas NGV kenderaan rendah (penunjuk berwarna merah atau tekanan di bawah 500 psi).
- Proses menanggalkan kit NGV mengambil masa kira-kira 4 jam. Anda diminta mengambil semula kenderaan pada hari yang sama.
- Anda akan menerima Tiket Penyelesaian Kerja (JCT) melalui e-mel setelah selesai.
- Jaminan selama 3 bulan akan diberikan bermula dari tarikh kit NGV ditanggalkan.
2.4 Panduan Permohonan untuk Menyemak Kelayakkan dan Tempah Janji Temu
- Layari laman web www.peralihanngv.com dan klik pada Pakej 2.
- Sila semak kelayakan anda dengan melengkapkan borang yang disediakan.
- Status kelayakan akan dihantar melalui e-mel. Jika anda layak, sila klik butang Borang Tempahan.
- Isi borang tersebut dan buat tempahan janji temu selepas mengklik butang tersebut.
- Pengesahan janji temu dan Slip Janji Temu akan dihantar melalui emel. Pemohon yang telah memperoleh janji temu perlu ke langkah seterusnya seperti dinyatakan di emel tersebut.
3. Pakej Bantuan Peralihan Bagi Kenderaan Bahan Api Tunggal NGV
Pakej Bantuan Peralihan ini adalah khas untuk pemilik kenderaan bahan api tunggal NGV yang layak untuk menerima pembayaran secara one-off.
3.1 Tarikh tutup permohonan
Permohonan perlu dibuat sebelum 31 Disember 2024.
3.2 Syarat Kelayakan
Syarat-syarat bagi memenuhi kelayakan penerimaan tawaran Pakej Bantuan Peralihan ini adalah seperti berikut:
- Kenderaan Bahan Api Tunggal NGV yang masih aktif
- Memiliki Lesen Kenderaan Motor (Road Tax) – Seperti yang direkodkan dalam data JPJ dari 1 Oktober 2021 sehingga 30 September 2024
- Membuat pembatalan pendaftaran JPJ dan melupuskan kenderaan melalui wakil berdaftar Authorised Automotive Treatment Facility (AATF)
- Hantar permohonan sebelum 31 Disember 2024
3.3 Langkah-Langkah Untuk Memohon
Langkah-langkah untuk memohon Pakej Bantuan Peralihan bagi Kenderaan Bahan Api Tunggal NGV:
Langkah 1: Semak Kelayakan (Layari: https://www.peralihanngv.com/CheckEligibleMonofuel)
>> Masukkan maklumat di bawah untuk menyemak kelayakan:
- Nombor Pendaftaran Kenderaan
- Nombor Casis Kenderaan
Langkah 2: Mohon
>> Isi borang beserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan:
- Salinan pendaftaran syarikat (SSM)/Kad Pengenalan (IC)
- Gambar kenderaan yang mengandungi jenama dan nombor pendaftaran yang jelas
- Salinan Lesen Kenderaan Motor (Roadtax)
- Salinan Sijil Milikan Kenderaan (Geran)
- Status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel yang didaftar semasa permohonan.
Langkah 3: Penilaian Kenderaan
>> Anda akan dihubungi oleh wakil penilai bebas untuk membuat janji temu bagi menilai kenderaan anda.
Langkah 4: Terima Bayaran
>> Pembayaran ke akaun anda akan dilakukan dalam tempoh 3 ke 7 hari berkerja selepas penyerahan Certificate of Destruction (COD) dan slip pembatalan pendaftaran kenderaan (borang K1d) oleh wakil AATF.
3.4 Panduan Permohonan Pakej Bantuan Peralihan Bagi Kenderaan Bahan Api Tunggal NGV
- Layari laman web www.peralihanngv.com dan klik pada Pakej 3.
- Sila semak kelayakan anda dengan melengkapkan borang yang disediakan.
- Status kelayakan akan dihantar melalui e-mel.
- Anda akan dihubungi oleh wakil penilai bebas untuk membuat janji temu bagi menilai kenderaan anda.
- Pembayaran ke akaun anda akan dilakukan selepas penyerahan Certificate of Destruction (COD) dan slip pembatalan pendaftaran kenderaan (borang K1d) oleh wakil AATF.
3.5 Cara Semak Status Permohonan
Untuk menyemak status permohonan yang telah dihantar, sila layari https://www.peralihanngv.com/CheckEligibleMonofuel , dan skrol ke bahagian bawah sehingga jumpa bahagian seperti yang dipaparkan pada gambar di bawah.
Masukkan nombor pendaftaran kenderaan dan nombor casis, klik SEMAK.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, sila layari laman sesawang PETRONAS NGV Sdn Bhd (PNGV).
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.