Pada masa kini, fasa peralihan ke endemik telah di laksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi meningkatkan semula aktiviti ekonomi rakyat dan juga sosial masyarakat.
Walau bagaimana pun, terdapat pelbagai prosedur yang harus di utamakan oleh rakyat berkaitan dengan kesihatan rakyat bagi mengelakkan jangkitan virus Covid-19.
Dari masa ke semasa, pelbagai jabatan dan agensi kerajaan memesan dan menyarankan aktiviti kesihatan kepada orang awam agar sentiasa mematuhi semua prosedur SOP yang telah di keluarkan oleh kementerian kesihatan dan juga dari Majlis Keselamatan Negara.
Antara peringatan yang telah di muat naik oleh Jabatan Penerangan Malaysia melalui laman sosial Facebook agensi berikut adalah seperti perenggan-perenggan berikut.
Rakyat dan masyarakat di ingatkan agar sentiasa mengamalkan penilaian risiko kendiri semasa menjalankan aktiviti harian dan yang terutamanya mereka yang terlibat dengan interaksi ramai orang seperti membeli belah dan mengunjungi bazar.
Empat faktor utama apabila membuat penilaian risiko kendiri adalah masa, keadaan lokasi, pelitup muka dan penjarakan fizikal.
Panduan kesihatan ketika membeli belah.
Perkara pertama ialah pastikan anda sentiasa memakai pelitup muka dengan betul. Ini sangat membantu diri anda terjangkit daripada virus Covid-19. Umum di ketahui virus tersebut mudah menjangkiti melalui udara, terutamanya varian omicron.
Perkara yang kedua ialah, sentiasa mengamalkan kebersihan tangan seperti membersihkan tangan menggunakan hand sanitizer selepas tangan menyentuh barang bukan milik anda atau sebagainya.
Seterusnya, anda jika boleh ketika pergi mengunjungi tempat membeli belah seperti bazar ramadan pada ketika ini, pilih tempat yang tidak sesak dan tempat tersebut mempunyai pengudaraan yang baik.
Hal yang seterusnya, bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, kanak-kanak atau bayi, adalah lebih baik elakkan membawa anak anda ke tempat yang sesak. Ini kerana kanak-kanak dan bayi lebih mudah terjangkit dengan penyakit berjangkit.
Kementerian kesihatan juga berpesan agar anda haruslah hadkan masa membeli belah di tempat yang sesak. Jangan lah terlalu lama mengambil masa di tempat yang sesak.
Sekiranya boleh, pertimbangkan untuk membeli barangan melalui dalam talian kerana anda boleh mengelakkan daripada pergi ke tempat membeli belah yang sesak secara tidak langsung anda hindari diri anda daripada penyakit covid-19 dan anda mengikuti pesanan daripada kementerian kesihatan.
Rakyat dan masyarakat di sarankan bekerjasama dan berusaha dalam mengekang penularan virus covid-19 tersebut.
Bazar Ramadan pada waktu kini mampu memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil dalam menjana pendapatan, kementerian kesihatan menyarankan agar pengunjung bazar mengimbas MySejahtera di pintu masuk bazar.
Keracunan Makanan Semasa Bulan Ramadan
Mengikut infografik yang di muat naik dalam laman media sosial Jabatan Penerangan Malaysia, amalkan 5 kunci keselamatan sekiranya terkena dengan keracunan makanan.
Kes keracunan makanan pada Ramadan kali ini meningkat berbanding dengan tahun lalu berdasarkan kes yang dilaporkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan.
Kementerian kesihatan mengingatkan masyarakat untuk amalkan kebersihan supaya memastikan makanan yang dihidang dan dijual adalah bersih dan selamat.
5 amalan keselamata yang perlu dilakukan bagi memastikan makanan yang di sediakan adalah bersih dan selamat:
- Cuci tangan sebelum dan selepas sedia makanan.
- Guna peralatan berasingan untuk makanan mentah bagi mengelakkan pencemaran kepada makanan yang telah di masak.
- Masak makanan dengan sempurna dan pastikan makan makanan tersebut dalam tempoh tidak lebih dari 4 jam.
- Simpan makanan yang sedia di makan pada suhu yang sesuai dan tidak lebih dari 3 hari dalam peti sejuk.
- Guna bahan mentah yang segar dan air bersih untuk memasak.
Konsep lihat, hidu dan rasa sebelum makan juga amat disaran untuk diamalkan supaya dapat mengelakkan memakan makanan yang rosak.
Solidariti Komuniti
Strategi lain, selain daripada peranan dan tanggungjawab individu dalam mengamalkan langkah SOP yang disarankan oleh kementerian kesihatan, solidariti komuniti juga adalah strategi lain kementerian kesihatan.
- Saling mengingati untuk sentiasa mengamalkan norma baharu dalam kehidupan.
- Mematuhi langkah-langkah pencegahan covid-19.
- Bersama-sama menjaga dan melindungi golongan berisiko tinggi dan memastikan mereka mendapatkan vaksin covid-19 dan dos penggalak.
- Tidak stigma, sebaliknya memberi bantuan psikososial kepada ahli solidariti yang sedang di kuarantin atau isolasi.
- Sentiasa berhubung bertanya khabar dan memberikan sokongan moral,
- Membantu membekalkan keperluan harian seperti makan dan minum,
- Memastikan mereka mempunyai akses ke CAC dan hospital berhampiran sekiranya kesihatan merosot.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat tiga komponen utama dalam fasa peralihan ke endemik iaitu:
- Tanggungjawab individu/ keluarga
- Solidariti komuniti
- Tanggungjawab kerajaan
Sentiasa pakai pelitup muka dengan betul.
Jangan pakai pelitup muka anda pada bahagian berikut:
- Di sekeliling leher
- Di atas dahi
- Di letakkan dan di biarkan bergantung di sebelah telinga
- Hanya di kenakan pada hidung
- Di bawah hidung, menampakkan lubang hidung
- Di atas dagu
- Di letakkan pada tangan
Pelitup muka pakai buang tiga lapis boleh dipakai sehingga lapan jam, ia juga tidak boleh dibasuh atau dipakai semula walaupun keadaannya masih elok.
Kementerian kesihatan menyeru orang ramai untuk memakai pelitup muka dengan betul dan tidak leka kerana virus covid-19 SARS-Cov-2 adalah amat mudah menjangkiti dengan titisan saluran pernafasan dan titisan cecair. Oleh kerana ini, pastikan memakai pelitup muka dengan betul dengan cara menutup keseluruhan mulut dan hidung.
Untuk makluman, pesanan-pesanan dan juga saranan-saranan yang tertulis di atas adalah di kongsikan daripada laman sosial facebook Jabatan Penerangan Malaysia dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia.
Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk pembaca-pembaca yang mengunjungi laman sesawang Mynewskini. Pihak kami juga tidak berkaitan dengan mana-mana agensi kerajaan.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.