Tunas Usahawan Belia Bumiputera atau sinngkatannya TUBE merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan.
TUBE telah bermula sejak tahun 2014 lagi dan idea mengenainya tercetus sewaktu Kongres Usahawan Muda Bumiputera pada tahun 2014.
Program ini menyasarkan golongan belia Bumiputera yang berumur di antara 18 – 30 tahun yang mempunyai minat yang mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, khususnya belia yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan.
Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)
Program ini merupakan inisiatif Kerajaan untuk membantu dan menyokong keusahawanan di kalangan belia Bumiputera.
Pembangunan belia sebagai generasi pelapis kepimpinan negara merupakan salah satu strategi pembangunan negara yang diberikan penekanan dan keutamaan.
Bagi membantu syarikat belia mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan melalui aktiviti perniagaan khususnya kepada belia dan penganggur, Program TUBE telah dikenalpasti di bawah inisiatif Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sebagai salah satu program yang membantu bagi menyediakan peluang ini kepada penganggur dan belia yang layak dan berminat menjalankan perniagaan.
Terdapt 3 komponen utama dalam program bantuan ini:
Terdapat tiga (3) komponen :
- Latihan : Dilaksanakan secara fizikal selama tujuh (7) hari di pusat latihan yang akan ditentukan oleh SME Corporation Malaysia.
- Latihan memberi fokus pada modul-modul berkaitan pembangunan perniagaan, pemasaran & pengurusan kewangan iaitu selaras dengan situasi semasa.
- Bantuan Geran Perniagaan : Usahawan belia yang melepasi layak akan dipertimbangkan geran permulaan sehingga maksimum RM15,000.00.
- Khidmat nasihat dan Pemantauan : Dilaksanakan oleh Penyedia Perkhidmatan yang dilantik dengan dipantau oleh SME Corporation Malaysia bagi menyokong perniagaan yang baharu bermula tersebut sehingga maksimum 12 bulan. Usahawan belia memilih untuk tidak meneruskan perniagaan selepas menerima geran, maka peserta perlu memulangkan semula jumlah geran yang telah diterima.
Objektif TUBE
Objektif utama Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera adalah untuk:
- membentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri
- anjakan paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan; serta
- memupuk dan menanam semangat keusahawanan di kalangan belia
Jenis bantuan
Peserta yang layak menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera ini akan menerima bantuan seperti berikut:
- Latihan asas keusahawanan untuk menjalankan perniagaan
- Layak dipertimbangkan Geran Permulaan Perniagaan sehingga maksimum RM15,000.00 selepas menamatkan latihan
- Khidmat nasihat dan pemantauan perniagaan melalui
- Penyedia Perkhidmatan yang dilantik; dan
- Kaunselor Perniagaan SME Corp. Malaysia
- Syarikat yang berjaya di bawah Program ini juga boleh mendapatkan bantuan tambahan yang disediakan oleh agensi Kerajaan seperti SME Corp. Malaysia, MARA, PUNB, SME Bank, Bank Rakyat dan Agro Bank atau lain-lain Kementerian dan Agensi yang menyediakan program dan bantuan keusahawanan untuk mengembangkan perniagaan yang dijalankan
Sebelum anda memohon untuk menyertai program Tunas Usahawan Belia Bumiputera ini, sila pastikan anda memenui syarat-syarat yang ditetapkan di bawah:
- Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 – 30 TAHUN sewaktu tarikh tutup permohonan dalam talian (3 Januari 2025) ;
- Telah mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Ordinan Negeri dan pendaftaran perniagaan hendaklah kurang daripada 36 bulan sewaktu tarikh tamat permohonan dalam talian (3 Januari 2025)
- Bagi graduan Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS) yang telah mendaftarkan perniagaan semasa dalam tempoh pengajian kerana keperluan pembelajaran, tempoh tamat pengajian rasmi mestilah kurang 12 bulan daripada tarikh tutup permohonan dalam talian (3 Januari 2025). Surat pengesahan tamat pengajian daripada institusi pengajian mestilah dimuatnaik semasa pendaftaran dalam talian.
- Keutamaan akan diberikan kepada pemohon seperti berikut:
- mempunyai Sijil Kemahiran / Sijil Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) daripada mana-mana institusi atau pusat latihan kemahiran yang diiktiraf oleh Kementerian dan Agensi yang berkaitan;
- pelajar bidang Teknousahawan atau graduan Teknousahawan daripada mana-mana institut pengajian tinggi atau pusat latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Kementerian dan Agensi yang berkaitan; dan
- telah membuka dan memiliki akaun semasa syarikat yang masih aktif daripada mana-mana Institusi perbankan dalam Malaysia.
- Sihat tubuh badan / tidak mengalami masalah kesihatan yang kronik / tidak hamil / tidak berada dalam tempoh berpantang kerana melahirkan anak dan komited untuk mengikuti latihan secara fizikal di lokasi latihan yang akan ditetapkan oleh SME Corp. Malaysia (7.00 pagi hingga 12.00 malam).
- Pemohon hendaklah.
- tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah;
- tidak diisytiharkan muflis
- tidak berada dalam situasi keterhutangan kewangan yang serius / meminjam daripada peminjam wang berlesen atau peminjam wang tidak berlesen
- tidak berada dalam situasi keterhutangan kewangan yang serius / meminjam daripada peminjam wang berlesen atau peminjam wang tidak berlesen
- tiada sejarah disenaraihitam atau sedang disenaraihitam oleh mana-mana institusi kewangan yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC);
- tidak pernah atau tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah; dan
- bebas dari status / proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah
- Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia. Definisi keluarga terdekat adalah seperti berikut:
- Isteri atau suami pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia;
- Adik atau abang atau kakak pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia;
- Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
- Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan isteri atau suami pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
- Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang disebut dalam perenggan b
- Bapa saudara, emak saudara atau sepupu pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
- Menantu pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
- Bagi pemohon yang merupakan pasangan suami isteri atau adik-beradik
- hanya salah seorang sahaja yang layak / boleh dipertimbangkan menyertai program pada tahun semasa.
- hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri / adik-beradik untuk setiap pengambilan.
- Pemohon tidak bekerja
- Pekerjaan sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta; atau
- Pekerjaan sama ada bertaraf tetap, kontrak, sambilan atau sementara
- Pemohon tidak pernah menyertai Program TUBE sebelumnya (TUBE 1.0 hingga TUBE-X, TUBE@IPT, TUBE@PENJANA, TUBE@PEMERKASA, TUBE@TVETMARA dan TUBE@Mikro Madani).
- Pemohon yang pernah atau telah mengikuti sepenuhnya Fasa 1 dan Fasa 2 bagi latihan yang diadakan secara fizikal atau Fasa 1 bagi latihan yang diadakan secara dalam talian bagi Program TUBE sebelum ini tetapi tidak dipertimbangkan GP semasa tamat Program adalah tidak lagi layak memohon.
- Hanya pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS) semester akhir di tahun akhir pengajian dibenarkan untuk memohon namun:
- sekiranya memenuhi kriteria kelayakan permohonan dan diterima mengikuti program, pemohon TIDAK DIBENARKAN untuk menyambung pelajaran dalam tempoh satu (1) tahun / dua belas (12) bulan dari tarikh akhir sesi latihan TUBE yang disertai sebagai komitmen kepada Fasa 2 program ini; dan
- pemohon bukan dalam tempoh menjalani latihan industri semasa Program TUBE 11 dijalankan kelak / semasa dalam tempoh Fasa 2 (Bimbingan & Pemantauan)
Cara permohonan
Permohonan dalam talian akan dibuka mulai 16 Disember 2024 hingga 3 Januari 2025 (9 pagi – 5 petang) sahaja. Permohonan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima.
Permohonan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera boleh dibuat di https://mybpi.smecorp.gov.my.
Permohonan hanya boleh dibuat sekali sahaja.
Sekiranya pemohon tidak dihubungi dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh tutup permohonan secara dalam talian, permohonan dianggap tidak berjaya.
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) di https://tube.smecorp.gov.my/index.php.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai yang bertugas di:
SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 KUALA LUMPUR
Email: tube@smecorp.gov.my
Infoline: 03-9213 0077
Waktu Operasi: 9.00pg – 5.00ptg
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.