Bahagian Pendidikan Islam JAIS mengalu-alukan pelajar yang akan memasuki Tingkatan 1 pada tahun 2025 untuk memohon kemasukan ke sekolah-sekolah di bawah kelolaan JAIS seperti Sekolah Agama Menengah (SAM/SAMT), Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST), Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), dan Sekolah Agama Menengah Muhammadiah (SAMMPS).
Berikut adalah maklumat penting berkenaan permohonan ke Tingkatan 1 ini.
Bahagian Pendidikan Islam JAIS
Bahagian Pendidikan Islam JAIS merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam mengurus pendidikan Islam di negeri Selangor seperti yang diperuntukkan kuasa oleh pihak Berkuasa Negeri dan Bahagian 10 Seksyen 120 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 serta Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Islam 1988 (Enakmen No. 2/1988).
Bahagian ini dahulunya dikenali sebagai Pejabat Pelajaran Ugama Islam yang diketuai oleh Setiausaha Pelajaran pada awal kewujudan Jabatan Hal Elwal Islam Selangor (1945-1970), kemudian dinamakan Unit Pelajaran diketuai Penolong Pengarah (1970-1990) dan dijenamakan semula pada tahun 1990 dengan nama Bahagian Pendidikan dan Pelajaran diketuai oleh Timbalan Pengarah sehingga tahun 2001.
Pada tahun 2001 bahagian ini dinamakan dengan nama Bahagian Pendidikan Islam dan selaras dengan penstrukturan JAIS, bahagian ini diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah dari tahun 2007 hingga kini.
Berikut merupakan senarai sekolah di bawah jabatan ini iaitu:
i) SAM/SAMT
- Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang
- Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin, Klang
- Sekolah Agama Menengah Nurul Iman, Klang
- Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah, Banting
- Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, Banting
- Sekolah Agama Menengah Jeram
- Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang
- Sekolah Agama Menengah Hulu Langat
- Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek, Kuala Kubu Bharu
- Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu
- Sekolah Agama Menengah Parit Baru
- Sekolah Agama Menengah Bagan Terap, Sungai Besar
- Sekolah Agama Menengah Sungai Haji Dorani, Sungai Besar
- Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang, Sekinchan
- Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah, Sungai Besar
- Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Sabak Bernam
- Sekolah Agama Menengah Rawang
- Sekolah Agama Menengah Paya Jaras
- Sekolah Agama Menengah Bestari, Subang Jaya
- Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam
- Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar
- Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi
ii) SAMBEST
- Sekolah Menengah Agama Bestari Subang Jaya (SAMBEST)
iii) MITS
- MITS Klang
- MITS Bagan Terap
- MITS Bagan Lalang
- MITS Istana Bandar, Jugra
iv) SAMMPS
- Sekolah Agama Menengah Muhammadiah, Pekan Sabak
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka adalah pada 1 November 2024 hingga 27 Disember 2024.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 1 adalah seperti berikut:
- Pemohon (murid), ibu dan bapa mestilah Warganegara Malaysia.
- Berumur dua belas (12) / tiga belas (13) tahun.
- Syarat kemasukan berasaskan kepada pencapaian berikut:
– Lulus Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA)
– Lulus Ujian Tilawah dan Hafazan Tahun 6
– Lulus Penilaian PAFA.
– Lulus Penilaian Sahsiah
– Lulus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Kurikulum Kebangsaan
– Baik Dalam Pencapaian Kokurikulum (JAIS/KPM). - Pemohon adalah murid lepasan Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor (SRA/SRAI/KAFAI) atau Sekolah Rendah Islam Persendirian (SRI/SRII) yang masih sah pendaftaran sahaja.
- Pemohon mestilah telah membuat permohonan secara atas talian mengikut tarikh yang ditetapkan.
- Calon menduduki Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) dan lulus sekurang-kurangnya maqbul dan lulus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kurikulum kebangsaan sekurang-kurangnya TP3.
- Pemilihan ke SAM/SAMT dibuat berdasarkan kepada markah keseluruhan tertinggi dalam permohonan dan PBS kurikulum kebangsaan.
- Syarat permohonan ke SAM Bestari mestilah mendapat pangkat MUMTAZ dalam pencapaian PSRA dan minimum TP5 dalam PBS kurikulum kebangsaan.
- Permohonan kemasukan/penempatan murid ke SAM Negeri Selangor adalah mengikut zon sekolah yang ditetapkan: Contoh : Zon SAM BAGAN TERAP, Sabak Bernam
– SRA Bagan Terap
– SRA Batu 4, Sapintas
– SRA Binjai Jaya
– SRA Parit 11 Timur
– KAFAI Nurul Falah, Parit 13
– KAFAI Nurul Ehsan, Lubuk Pusing
– KAFAI Desa Permai, Parit 8
– KAFAI Nurul Hidayah, Belia 2
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan permohonan iaitu https://esekolah.jais.gov.my.
Info Lanjut
Untuk info lanjut mengenai kemasukan ke Tingkatan 1 sekolah JAIS ini, sila layari laman web https://esekolah.jais.gov.my/ atau:
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Bahagian Pendidikan Islam, Bangunan Sultan Idris Shah,
Tingkat 2 & 3 Menara Utara, No 2 Persiaran Masjid,
40676 Shah Alam Selangor.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.