Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran 2024 Negeri Johor – Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah membuka permohonan bagi anak Negeri Johor yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) menerusi Skim Bantuan Pendaftaran Sesi 3 2024.
Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT ditawarkan bagi anak Johor yang akan melanjutkan pengajian di Asasi/Matrikulasi/IPTA dan IPTS (Kolej YPJ) sahaja.
Pemohon yang berminat boleh mengisi permohonan secara atas talian mulai 6 September sehingga 31 Oktober 2024.
Skim Bantuan Pendaftaran 2024 Negeri Johor
Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT ditawarkan bagi anak Johor yang akan melanjutkan pengajian di Asasi/Matrikulasi/IPTA dan IPTS (Kolej YPJ) sahaja.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang akan diterima menerusi skim bantuan ini adalah sebanyak RM500 secara one-off.
Syarat Am
Syarat am permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Pemohon lahir ATAU menetap di Negeri Johor;
- Permohonan terbuka Semester Pertama program Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA, Kolej Matrikulasi, Kolej-kolej Komuniti dan Kolej-kolej di bawah KPYPJ bermula Januari 2024 – Disember 2024;
- Tempoh kursus yang diikuti adalah sekurang-kurangnya 1 Tahun atau lebih;
- Pemohon TIDAK MENERIMA mana-mana bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain;
- Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran SEKALI SAHAJA mengikut sesuatu tahap pengajian;
- TIADA had pendapatan Ibu Bapa / Penjaga;
- Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor
Tatacara Permohonan
Tatacara permohonan skim bantuan ini adalah seperti berikut:
- Layari laman web https://bantuan-ypj.com/.
- Klik butang ‘Daftar.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan ID dan kata laluan yang didaftarkan.
- Muat naik dokumen-dokumen sokongan permohonan.
- Buat permohonan sehingga selesai.
Dokumen Wajib
Dokumen wajib yang perlu disediakan oleh pemohon adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar
- Salinan Sijil Kelahiran Pelajar
- Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA, Kolej Matrikulasi, Kolej-Kolej Komuniti & Kolej-Kolej di bawah KPYPJ (Terima Tawaran Kemasukan dari Januari 2024-Disember 2024)
Soalan Lazim
Jika saya lahir di luar dan tidak menetap di Johor, adakah saya layak memohon skim bantuan ini?
Tidak. Hanya mereka yang lahir atau menetap di Negeri Johor sahaja layak untuk memohon.
Berapakah jumlah bantuan yang akan saya peroleh sekiranya permohonan saya diluluskan?
Jumlah bantuan yang akan diterima pemohon adalah sebanyak RM500 secara one-off.
Jika saya telah menerima bantuan pendididkan daripada agensi lain, adakah saya boleh memohon?
Tidak. Syarat permohonan mestilah pemohon tidak menerima mana-mana bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain
Adakah wujud had pendapatan ibu/bapa atau penjaga bagi pemohon untuk memohon skim bantuan ini?
Tidak. Tiada had pendapatan ibu bapa/penjaga yang diperlukan.
Bilakah tarikh permohonan dibuka?
Permohonan bagi sesi 3 dibuka mulai 6 September sehingga 31 Oktober 2024.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Pendaftaran 2024, sila layari laman web YPJ iaitu http://portal.ypj.gov.my/.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.