Permohonan Rumah SMJ Sabah – Kerajaan Sabah telah melancarkan program Rumah Mesra SMJ sebagai inisiatif mengeluarkan rakyat dari kemiskinan dan menyediakan kediaman mampu milik bagi golongan B40.
Ia dilaksanakan di bawah pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi menangani masalah perumahan dan membasmi kemiskinan.
Program Rumah SMJ
Program ini menyediakan rumah secara percuma kepada golongan miskin tegar di Sabah. Setiap unit rumah dianggarkan bernilai RM80,000 dan dibina mengikut konsep Program PPRT. Sebanyak 1,500 unit rumah akan dibina di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Sebanyak 1,500 unit RMSMJ bernilai RM80,000 bakal dibina di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membantu golongan miskin tegar memiliki sebuah kediaman.
Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, rumah itu akan dibina di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menggunakan geran khas Persekutuan RM125.6 juta yang disalurkan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar Negeri tahun ini.
Syarat kelayakan Permohonan RMSMJ
Berikut adalah syarat kelayakan permohonan
- Mereka berada dalam senarai e-kasih,
- Rumah rosak akibat bencana alam
- Atau orang kurang upaya
- Mereka yang belum memiliki rumah
Fokus utama bantuan ini adalah individu yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan.
Permohonan Rumah SMJ
- Mendaftar sebagai penerima e-Kasih
- Hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah
Senarai Semak Dokumen Permohonan RMSMJ:
- Salinan Kad Pengenalan Penerima
- Pengesahan e-Kasih
- Dokumen Ahli Isi Rumah (Tanggungan)
- Salinan Geran Tanah
- Surat Kebenaran & IC Pemilik (Sekiranya bukan nama dalam geran)
- Gambar Kediaman Sebelum (Kediaman yang diduduki)
- Gambar Tapak Bina Baru
- Surat Sokongan YB
- Lokasi Tapak
Apa itu e-Kasih?
Sistem e-Kasih ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh kementerian atau agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan
Cara Membuat Permohonan e-Kasih
Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan e-Kasih:
- Isi borang pendaftaran e-Kasih melalui Pejabat Daerah.
- Proses pendaftaran adalah dibawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Proses Bancian akan dibuat mengikut giliran
- Semakan status permohonan e-Kasih boleh di Pejabat Daerah
Senarai dokumen yang perlu dibawah ketika membuat permohonan e-Kasih:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara)
- Salinan Kad Pengenalan Pasangan dan sijil lahir anak-anak.
- Salinan Sijil Nikah / Sijil Cerai / Akuan Berkanun (Sekiranya tidak ada Sijil Nikah / Cerai)
- Gambar Hadapan Rumah Kediaman (Tidak Kisah Menumpang atau Menyewa)
Kriteria Kelayakan Permohonan e-Kasih
Berikut adalah kriteria permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan: (Dalam Bandar : RM1500 / Luar Bandar : RM1,000)
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.