Permohonan Laptop Percuma & Baucar Buku 2025 – Yayasan Sarawak. Permohonan laptop percuma dan baucar buku melalui Biasiswa Yayasan Sarawak 2025 kini dibuka untuk anak kelahiran Sarawak.
Berikut dikongsikan syarat kelayakan dan cara-cara untuk memohon.
Insentif Laptop Percuma & Baucar Buku Yayasan Sarawak
Terdapat dua insentif yang ditawarkan kepada pelajar yang berkelayakan iaitu :
- LAPTOP PERCUMA
- BAUCAR BUKU
Tarikh Permohonan
Untuk makluman, tarikh permohonan laptop percuma dan baucar buku oleh Yayasan Sarawak ini adalah bermula pada 23 Mac hingga 30 April 2025.
Cara Permohonan Laptop Percuma & Baucar Buku Yayasan Sarawak 2025
Permohonan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- SYARAT PERMOHONAN LAPTOP PERCUMA
- Pelajar merupakan anak kelahiran Sarawak (sekurang-kurangnya ibu atau bapa merupakan rakyat Sarawak)
- Diploma Tahun Pertama & Ijazah Sarjana Muda di IPT yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
- Pelajar sepenuh masa
- Pendapatan isi rumah RM1500 dan ke bawah
- Mendapat sokongan daripada institusi pendidikan tersebut.
- CARA PERMOHONAN
- Layari laman web https://myys.yayasansarawak.org.my
- Daftar dan login menggunakan Sarawak ID
- Isikan butiran anda pada borang permohonan
- Muat turun Surat Pengesahan dan pastikan ia ditandatangani oleh pihak institusi anda
- Hantar Surat Pengesahan anda
- Lengkapkan dan hantar borang permohonan anda
- Semak status permohonan anda (e-mel juga akan dihantar kepada pemohon)
- Sekiranya permohonan anda diluluskan, sila muat turun aplikasi My-Yayasan Web Portal

- SYARAT PERMOHONAN BAUCAR BUKU
- Pelajar merupakan anak kelahiran Sarawak (sekurang-kurangnya ibu atau bapa merupakan rakyat Sarawak)
- Semua peringkat pendidikan (daripada Asasi ke PhD) di IPT yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
- Pelajar sepenuh masa
- Pendapatan isi rumah RM1500 dan ke bawah
- Mendapat sokongan daripada institusi pendidikan tersebut.
- CARA PERMOHONAN
- Layari laman web https://myys.yayasansarawak.org.my
- Daftar dan login menggunakan Sarawak ID
- Isikan butiran anda pada borang permohonan
- Muat turun Surat Pengesahan dan pastikan ia ditandatangani oleh pihak institusi anda
- Hantar Surat Pengesahan anda
- Lengkapkan dan hantar borang permohonan anda
- Semak status permohonan anda (e-mel juga akan dihantar kepada pemohon)
- Sekiranya permohonan anda diluluskan, anda akan mendapat akses RM500 kredit percuma.
- Anda boleh membuat pembelian buku dan e-buku menggunakan baucar buku ini.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk laman web https://myys.yayasansarawak.org.my/ atau Facebook rasmi https://www.facebook.com/sarawak.foundation
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.