Permohonan Biasiswa Ibnu Khaldun – Pelajar yang berasal dan bermastautin di Negeri Sarawak, salah satu biasiswa yang boleh dimohon dan ditawarkan kepada pelajar dari negeri tersebut ialah Biasiswa Ibnu Khaldun.
Biasiswa Ibnu Khaldun
Biasiswa Ibnu Khaldun adalah biasiswa menawarkan peluang biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang agama dan profesional pada peringkat pasca ijazah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh kerajaan.
la sejajar dengan saranan awal penubuhan dana in iaitu untuk melahirkan generasi yang mampu menguasai pelbagai ilmu dalam aspek yang berlainan.
Biasiswa ini diuruskan oleh Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), iaitu institusi yang menguruskan zakat di Sarawak yang telah ditubuhkan pada tahun 1966 melalui Undang-Undang Zakat 1966 atas usaha YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.
Skop Bidang Pengajian
Skop bidang pengajian yang ditaja berdasarkan kepada bidang Sains, Teknologi, English,
Matematik Teknologi & Pengurusan dengan memberi keutamaan bidang beraliran Sains, Teknologi, Kejuteraan & Pengurusan.
Sementara bidang keagamaan adalah berdasarkan kepada pendidlkan aliran bidang agama.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:
i) Kategori Pelajar: Anugerah Biasiswa Pelajar Cemerlang
- Pemohon mendapat PNGK 3.50 ke atas dalam ljazah Sarjana Muda.
- Pengajian hendaklah sepenuh masa.
- Keutamaan kepada pemohon asinaf Fakir dan Miskin.
- Melanjutkan pelajaran di IPT yang disenaraikan dalam universiti ternama dunia.
- Melanjutkan pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Pengurusan, atau aliran bidang agama.
ii) Kategori Pekerja: Anugerah Biasiswa Pekerja Cemerlang
- Mendapat penilaian prestasi cemerlang 3 tahun berturut-turut.
- Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 9 tahun ke atas.
- Berumur tidak melebihi 50 tahun ke atas.
- Pengajian hendaklah sepenuh masa.
- Melanjutkan pelajaran di IPT yang disenaraikan dalam universiti ternama dunia.
- Melanjutkan pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Pengurusan, atau aliran bidang agama.
iii) Kategori Pekerja: Biasiswa Penganjuran Kursus Jangka Masa Pendek
- Mendapat penilaian prestasi cemerlang 3 tahun berturut-turut.
- Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 9 tahun ke atas.
- Berumur tidak melebihi 50 tahun ke atas.
- Kursus jangka masa pendek tidak melebihi 3 bulan ke atas,
- Melanjutkan pelajaran di IPT yang disenaraikan dalam universiti ternama dunia.
- Melanjutkan pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Pengurusan, atau aliran bidang agama.
Permohonan Biasiswa Ibnu Khaldun
Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian melalui Portal Baitulmal Kamek di pautan https://pelanggan.tbs.org.my.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai biasiswa Ibnu Khaldun, sila hubungi:
Tabung Baitulmal Sarawak
TBS Square, Blok A Lot 3655, Jalan Batu Kawa,
93250, Kuching,
Sarawak.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.