Permohonan Bantuan Laptop Percuma untuk golongan B40 telah dibuka, golongan yang berkelayakan boleh membuat permohonan.
Terdapat pelbagai jenis bantuan khas kewangan dan bantuan khas lain yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Berikut adalah penerangan lanjut mengenai bantuan laptop percuma ini. Sila kongsi sekiranya info ini bermanfaat.
Bantuan Laptop Percuma
Bagi tahun 2023 ini, permohonan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) telah dibuka kembali.
Bantuan ini pada asasnya melibatkan pemberian komputer riba (laptop) percuma kepada anak-anak daripada keluar B40 dari Negeri Sabah yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Pelaksanaan BAIK
Pelaksanaan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) telah dimulakan pada tahun 2021 bagi Fasa 1 melibatkan pelajar miskin yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Pelaksanaan inisiatif Fasa 1 ini melibatkan jumlah sebanyak RM15 juta yang memanfaatkan 10,000 orang pelajar.
Syarat-syarat Kelayakan
- Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran;
- Satu komputer hanya untuk satu Ketua isi Rumah (KIR) sahaja;
- Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-kaslh;
- Memberikan justifikasi keperluan komputer riba.
Cara Memohon
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal BAIK.
Permohonan hendaklah dibuat secara lengkap dan pemohon hendaklah memberikan maklumat yang benar serta tepat.
Permohonan boleh dibuat melalui cara permohonan berikut:
- Layari pautan permohonan https://baik.sabah.gov.my/.
- Klik butang ‘Permohonan.’
- Klik butang ‘Belum Daftar? Klik DiSini.’
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk ke dalam laman web tersebut.
- Buat permohonan sehingga tamat.
Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk – DI SINI.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan ibu bapa dan pemohon.
- Salinan slip gaji/pengesahan pendapatan ibu bapa.
- Salinan tawaran dan pengesahan pelajar daripada IPTA/S.
Maklumat Lanjut Bantuan Ihsan Komputer (BAIK Sabah)
Untuk maklumat lanjut mengenai BAIK, sila hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas di talian 088-369872 atau layari laman web https://mttk.sabah.gov.my/
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.