Permohonan Bantuan IBAKIPT – Buat anak Kedah yang akan menyambung pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT), anda boleh memohon bantuan awal kemasukan ke IPT ini.
Permohonan ini khas kepada yang mendaftarkan diri ke IPT bagi kemasukan semester pertama kemasukan baharu bagi Julai 2024 – November 2024.
Permohonan dibuka pada 1 Julai 2024 hingga 31 Oktober 2024. Pakat bagitahu adik beradik kita dan para mahasiswa yang lain supaya kerajaan negeri dapat bantu depa nak masuk mengaji.
๐ฝ๐ผ๐๐๐๐ผ๐ ๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐ผ๐๐๐๐ผ๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ผ๐ ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐ฝ๐ผ๐๐๐๐)
Kadar Bantuan
Jumlah sumbangan ialah RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).
- Bayaran bantuan BAKIPT akan dibuat oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan kepada pelajar.
- Kaedah bayaran akan ditentukan oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan berdasarkan situasi semasa.
- Sila hubungi Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan bagi sebarang pertanyaan lanjut berkaitan status permohonan.ย
>>Klik sini untuk Senarai Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan Negeri Kedah<<
Syarat Permohonan
- Pemohon / Ibu / Bapa LAHIR di Negeri Kedah dan BERMASTAUTIN serta MENETAP di Negeri Kedah. (Mengikut alamat pada surat tawaran Sekolah / IPT)
- Pemohon mestilah membuat Semakan Daftar Pemilih terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat Dewan Undangan Negeri (DUN) di laman sesawang https://mysprsemak.spr.gov.my sebelum membuat permohonan.
- Pendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,970.00 (Pendapatan maksimum isi rumah M40) layak memohon BAKIPT tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan.
- Permohonan dibuka bagi peringkat SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) / SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) / SIJIL MATRIKULASI / ASASI / SIJIL POLITEKNIK / SIJIL KOLEJ KOMUNITI / DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2024 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke SEKOLAH / IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA.ย (Bidang pengajian hendaklah diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agencyย https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm)
- Pemohon hendaklah membuat Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau mengemukakan Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk Sekolah / IPT.
- Permohonan hanya diberikan SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
- Dokumen sokongan yang WAJIB dimuat naik di dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG yang DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu Mukim / Pengetua Sekolah / Pegawai Daerah / ADUN adalah seperti berikut:
- ย Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa.
- ย Salinan Slip Gaji Ibu / Bapa / Penjaga atau Borang Pengesahan Pendapatan Ibu / Bapa / Penjaga (BPPSPPNK/07).
- ย Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke Sekolah / IPT.
- ย Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk Sekolah / IPT.
- ย Salinan Akaun Bank / Penyata Bank pemohon.
- ย Borang Pengesahan Tempat Tinggal Oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah Darul Aman (BPPSPPNK/09). (Bagi Pemohon, Ibu dan Bapa yang LAHIR diย kawasan bersempadan Negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sahaja)
- Pelajar kategori berikut TIDAK LAYAK memohon:
- ย Pelajar PASCA-SISWAZAH
- ย Pelajar SEPARUH MASA
- ย Pelajar LUAR KAMPUS
- ย Pelajar di INSTITUSI PERGURUAN (IPG)
- ย Pelajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- ย Sijil SELAIN Politeknik dan Kolej Komuniti
- Permohonan yang TIDAK LENGKAP dan TIDAK MEMENUHI SYARAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN dan DITOLAK.
Tarikh Permohonan
Semester Pertama Kemasukan Baharu Julai 2024ย โ November 2024:
KAEDAH PERMOHONAN
- 1 Julai 2024ย โ 31 Oktober 2024
Secara dalam talian melalui pautan:
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.