Skip to content

Pengumuman Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024 – Fasa 1 & 2

  • Berita

Sebelum ini, Kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji sehingga 15% untuk semua penjawat awam persekutuan mulai Disember 2024.

Pengumuman khas dan perincian mekanisme pengiraannya yang berkaitan dengan kenaikan gaji 1.5 juta penjawat awam ini akan dibuat oleh kerajaan pada 16 Ogos 2024 semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kenaikan gaji penjawat awam melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan berkuat kuasa pada 1 Disember 2024 adalah berdasarkan prestasi dan tidak secara automatik.

YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri mengumumkan penambahbaikan gaji, termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam hasil daripada Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Berikut dikongsikan makluman terkini berkaitan kenaikan gaji yang bakal diumumkan oleh pihak Kerajaan bagi tahun 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan berita gembira buat penjawat awam yang bakal menikmati kenaikan gaji sebanyak 15 peratus iaitu kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara, di mana pelaksanaan akan dilakukan dalam 2 fasa mulai 1 Disember 2024.

Sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji ini adalah pada kadar 13 peratus. Oleh itu, Kerajaan MADANI akan memastikan kadar kenaikan kali ini lebih tinggi daripada itu dan akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion.

Tambah beliau lagi, ia kenaikan paling baik dalam negara setakat ini. Kewangan telah diteliti bagi melihat bagaimana ia boleh menampung tetapi pada masa sama hutang negara tidak lebih daripada sepatutnya.

Pada 7 Julai lepas, Perdana Menteri berkata, keputusan untuk mengkaji semula skim gaji penjawat awam dibuat berikutan tiada kenaikan dalam tempoh yang agak lama dan kali terakhir ia disemak ialah pada 2013.

Datuk Seri Anwar turut memberi jaminan akan menawarkan apa jua perkara yang munasabah dan adil untuk penjawat awam di negara ini.

[TERKINI] MAPPA 2024: Pengumuman Rasmi Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Berikut adalah pengumuman terkini yang disampaikan oleh Perdana Menteri semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 pada 16 Ogos 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

  • Sistem Saraan Malaysia (SSM) diganti kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai 1 Disember 2024
  • Ganjaran hanya diberikan pada kakitangan awam yang berkhidmat dengan setia, amanah dan cemerlang
  • Jangan pandang ringan dan remeh soal nilai dan integriti yang menjadi tonggak perkhidmatan awam
  • Kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam dipertingkat kepada SPM atau setara
  • PM Anwar mahu suatu ikhtiar, iltizam serta pentadbiran baharu dilaksanakan tanpa tolak ansur oleh penjawat awam
  • Kerajaan rakam penghargaan kepada Tan Sri Mohd Zuki Ali atas perkhidmatan cemerlang sepanjang dilantik sebagai KSN
  • Pelaksanaan SSPA adalah satu keputusan adil kepada penjawat awam, bukan tarik minat dan sokongan
  • Kerajaan akan melaksanakan Rasionalisasi Pejabat-Pejabat Perwakilan dan Wakil Agensi Kerajaan Malaysia di Luar Negeri berkuatkuasa pada 1 Januari 2025
  • Kerajaan akan laksana sistem penilaian prestasi tahunan baharu bagi menggantikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan kepada MyPERFORMANCE
  • Ketua Jabatan yang gagal melaporkan salah laku pegawai bawahannya akan dikenakan tindakan tatatertib, jejaskan peluang kenaikan pangkat
  • Kerajaan bersetuju untuk menambah baik aspek pengurusan prestasi, tatakelakuan dan pengurusan tatatertib
  • Kenaikan pangkat, penempatan pegawai berpadanan dengan kompetensi sesuatu perjawatan

PELAKSANAAN & FASA PELARASAN GAJI SSPA 2024-2026

  • Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional
  • PM Anwar umum pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi
  • Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2
  • Pelarasan gaji Pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah sebanyak lapan peratus pada Fasa 1 dan tujuh peratus pada Fasa 2

Pelarasan gaji akan dilaksanakan secara 2 fasa untuk mengelakkan inflasi.

Kumpulan Pelaksana dan pengurusan profesional :
Fasa 1 ( 1 Disember 2024) : 8%
Fasa 2 (1 Januari 2026) : 7%

Kumpulan Pengurusan Tertinggi :
Fasa 1 ( 1 Disember 2024) : 4 %
Fasa 2 ( 1 Januari 2026) : 3 %

Untuk makluman, Kalkulator Gaji SSPA juga boleh diakses di

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version