Pengeluran melebihi RM250 Akaun 3 KWSP. Ahli KWSP yang berniat untuk melakukan pengeluaran wang melebihi RM250 harus melalui proses pengesahan e-KYC secara dalam talian atau dengan mengunjungi pejabat KWSP terdekat untuk pengesahan cap jari.
Ini kerana terdapat batasan maksimum pengeluaran harian sebanyak RM250 sahaja melalui akaun fleksibel.
Panduan ringkas mengenai cara pengeluaran wang melebihi RM250 dari Akaun 3 KWSP adalah seperti di bawah. Ketahui tentang proses e-KYC berikut.
Pengeluaran Melebihi RM250 Akaun 3 KWSP
Proses e-KYC adalah ‘electronic Know-Your-Customer’ atau satu proses pengesahan identiti secara elektronik melalui teknologi pengecaman wajah di aplikasi KWSP i-Akaun.
Pencarum juga boleh menggunakan alternatif lain seperti mengunjungi pejabat KWSP terdekat bagi pengesahan cap jari.
Proses e-KYC membolehkan institusi kewangan dan syarikat memastikan pematuhan terhadap peraturan pencegahan pengubahan wang haram (AML) dan mengelakkan risiko penipuan. Selain itu, e-KYC juga memberi kemudahan kepada pelanggan dengan mempercepatkan proses pendaftaran dan meminimumkan keperluan untuk mengunjungi pejabat fizikal untuk pengesahan identiti.
Kategori Layak untuk Mendaftar e-KYC KWSP
Pengeluaran melebihi RM250 bagi Akaun Fleksibel perlu melengkapkan proses e-KYC secara dalam talian.
Secara alternatif, kunjungi pejabat KWSP/ SST untuk pengesahan cap ibu jari.
Berikut adalah kategori yang layak buat e-KYC:
- Ahli tanpa rekod pengeluaran sebelumnya.
- Ahli yang memohon pengeluaran buat pertama kali.
- Ahli yang ingin membuat pengeluaran dari akaun 3 (akaun fleksibel) melebihi RM250.
- Ahli yang ingin menukar nombor akaun bank kepada yang bukan dalam rekod KWSP.
Cara Daftar e-KYC
Ahli yang ingin mengeluarkan wang dari akaun 3 hendaklah mendaftar e-KYC terlebih dahulu, ikuti langkah-langkah yang dinyatakan dalam infografik berikut.
Untuk tutorial lanjut tentang cara mengeluarkan wang melebihi RM250 dari akaun 3, sila rujuk informasi di bawah:
Langkah Pengeluaran Melebihi RM250 Akaun 3
Berikut adalah cara pengeluaran melebihi RM250 dari akaun 3 KWSP:
- Masuk ke i-Akaun KWSP dan pilih bahagian Pengeluaran.
- Klik pada ‘Keluarkan Simpanan Anda’.
- Pilih jenis pengeluaran ‘Akaun Fleksibel’.
- Tentukan jumlah yang ingin dikeluarkan.
- Masukkan maklumat akaun bank anda.
- Sahkan butiran pengeluaran.
- Lakukan perakuan pengeluaran.
- Pilih ‘kaedah 1’ untuk proses e-KYC.
Tempoh Pengeluaran Melebihi RM250 Akaun 3
Simpanan dalam Akaun Fleksibel, iaitu 10% daripada caruman bulanan, dapat dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli. Pemilihan untuk pemindahan akaun hanya dibenarkan sekali saja dalam tempoh dari 12 Mei hingga 31 Ogos.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang e-KYC KWSP, sila layari laman web rasmi di pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/en/member/overview/registration/ekyc
Anda juga boleh dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi KWSP di:
- Facebook : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (https://www.facebook.com/KWSPMalaysia)
- Hotline : 03-8922 6000
- Laman web rasmi : https://www.kwsp.gov.my (https://www.kwsp.gov.my/)
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.