Pengeluaran Khas KWSP dibenarkan dengan empat (4) jenis kategori yang telah ditetapkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Setiap jenis pengeluaran mempunyai syarat dan terma yang berbeza. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pengeluaran Khas KWSP di laman web rasmi KWSP atau dengan menghubungi perkhidmatan pelanggan KWSP.
Walaupun Perdana Menteri telah membuat kenyataan tentang Pengeluaran Khas RM10k KWSP yang amat diharapkan oleh rakyat yang terkesan dengan ekonomi, terdapat beberapa kategori untuk mengeluarkan simpanan KWSP dengan bersyarat.
Terdapat empat kategori Pengeluaran Khas dari akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu:
- Pengeluaran Pendidikan – untuk membiayai kos pendidikan sendiri atau anak-anak dalam institusi pengajian tinggi di dalam atau luar negara.
- Pengeluaran Perumahan – untuk pembelian pertama atau membina rumah, atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang sedia ada.
- Pengeluaran Perubatan – untuk kos rawatan sendiri atau ahli keluarga yang ditentukan yang mengalami penyakit kritikal, termasuk pembedahan.
- Pengeluaran Ibadah Haji – Untuk membuat pembayaran Haji menggunakan simpanan KWSP, individu tersebut perlu memohon dan mendapatkan kelulusan dari Tabung Haji terlebih dahulu. Selepas mendapat kelulusan, individu tersebut boleh membuat pengeluaran daripada akaun Simpanan Haji KWSP mereka untuk tujuan menunaikan ibadah Haji.
Setiap jenis pengeluaran mempunyai syarat dan terma yang berbeza.
SKIM PENGELUARAN KWSP AKAUN 2
Melalui perkongsian yang dibuat oleh pencarum KWSP, pihak KWSP ada membuat kenyataan mengenai pengeluaran Khas KWSP 2.0.
Buat masa ini, tiada sambutan / lanjutan untuk pengeluaran Khas 10k. Akan tetapi, ahli KWSP boleh mengeluarkan simpanan mereka tertakluk melalui Skim Pengeluaran KWSP.
Berikut adalah senarai bagi kategori pengeluaran simpanan KWSP melalui Akaun 2 :
Pembayaran Ibadah Haji
- Pengeluaran khas ini bagi tujuan menampung pembelanjaan berkenaan ibadah haji dan bukan kos keseluruhan haji
Dokumen & Syarat Pengeluaran Untuk Daftar Haji
Pembayaran Rawatan Perubatan
- Merupakan ahli KWSP
- Masih belum mencapai umur 55 tahun dan keatas
- Ahli KWSP yang masih mempunyai simpanan di akaun 2
Dokumen & Syarat Pengeluaran Tujuan Pembayaran Rawatan Perubatan
Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
- Merupakan ahli / pencarum KWSP
- Ahli yang masih mempunyai simpanan dalam akaun 2 minimum sebanyak RM 500,000
- Ahli belum mencapai umur 55 tahun
Dokumen & Syarat Pengeluaran Tujuan Pembelian Rumah
Pengeluaran Untuk Pendidikan
Sekiranya anak anda masih belajar di universiti atau kolej, anda mampu menampung pembayaran yuran mereka menggunakan wang Akaun 2 KWSP sekiranya (jika ada) PTPTN tidak mencukupi dan lain-lain.
Dokumen & Syarat Pengeluaran Tujuan Pendidikan
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengeluaran sebahagian KWSP anda boleh layari laman web KWSP atau; klik
https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.
bg syarat pun bodoh2.habis kami yg bukan Islam ni Klau nk kluar kan duit KWSP nk tunai haji kat mana…. penyakit kronik tak ada, belajar pun tak lagi..rumah pun dh buat sendiri…Klau buat rmh pun blh kluar kan 10-30K on tak cukup.hrga brg mahal….
Saya nak tanya tentang pengaluaran caranya
Perbelanjaan bulanan saya kurang mampu
Kampung kubu Semanggol Perak Malaysia