Berita terkini dan khas untuk pemohon yang telah memohon pengeluaran khas KWSP sehingga sebanyak RM10,000 mengikut kelulusan dari pihak kementerian kewangan dan pihak KWSP.
Tengku Zafrul telah memuat naik video dalam media sosial beliau mengenai pengeluaran khas KWSP di mana pengkreditan ke dalam akaun bank pemohon akan di awalkan secara berperingkat mulai 18 April 2022.
Dalam video yang di muat naik tersebut, Tengku Zafrul mengatakan seperti berikut.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera, bagaimana ramadan setakat ini. Saya yakin ramai yang bersyukur kerana kelonggaran SOP membolehkan kita beribadah dengan lebih mudah di masjid dan surau di seluruh negara.”
“Saya percaya, ramai yang berasa lega kerana KWSP telah mengumumkan bahawa ahli boleh mengeluarkan simpanan KWSP mereka sehingga maksimum RM10,000 bagi mengurangkan beban yang di tanggung”
“Permohonan untuk pengeluaran ini telah pun di buka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April 2022, dan akan berakhir pada 30 April 2022.”
“Manakala pembayaran pula akan bermula pada esok hari iaitu pada 18 April 2022.”
“Bagi mereka yang telah memohon pada awal bulan April, boleh lah mula check (semak) akaun masing-masing esok. Tapi kalau belum masuk lagi, jangan risau, Insyallah (dengan izin tuhan) akan masuk juga, kerana bayaran akan dibuat secara berperingkat.”
“Semoga bantuan ini akan dapat menjadikan sambutan Aidilfitri tuan-tuan dan puan-puan lebih bermakna tahun ini, Insyallah”
Video yang berdurasi sebanyak 1.15 minit itu telah ditonton sebanyak 133000 orang dan telah di kongsi lebih 7000 orang. Video tersebut boleh di tonton di laman sosial.
Melalui coretan posting yang di muat naik, Tengku Zafrul menulis bahawa pihak mereka mendengar suara rakyat mengenai pengeluaran khas kwsp di percepatkan.
Beliau juga berharap agar pengeluaran khas tersebut akan lebih menceriakan lagi sambutan Aidilfitri nanti.
Bagi pemohon dan ahli KWSP, anda boleh membuat semakan di lini ini https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ di mana ia boleh di semak dari semasa ke semasa.
Pembayaran Zakat Melalui Online
Melalui posting yang di buat oleh Majlis Ugama Islam Sabah, zakat fitrah boleh di bayar melalui posonline.
Berikut adalah langkah untuk membuat pembayaran:
- Log masuk ke portal rasmi online “POSONLINE”
- Klik “bill payment” dan taip “search : zakat Sabah (muis)”
- Pilih “Pusat Zakat Sabah (MUIS) – Zakat Fitrah” dan klik “enter payment”
- Masukkan maklumat yang di perlukan
- Klik “add to cart” dan teruskan untuk proses pembayaran
Untuk pengetahuan umum, kadar bayaran zakat fitrah bagi negeri Sabah pada tahun ini 1443H / 2022M adalah sebanyak RM7.00.
Awas Scammer
Memandangkan pengeluaran khas KWSP bakal di bayar ke akaun ahli. Adalah amat penting untuk mengetahui agenda scammer.
MACAU SCAM : Penyamaran Pegawai LHDN
Sejak Januari hingga April 2022, sebanyak 1,072 kes penipuan Macau Scam yang melibatkan modus operandi menyamar pihak LHDN telah dibuka kertas siasatan dan melibatkan kerugian berjumlah RM 30,054,973.30.
Ingat !
- Jika anda dihubungi oleh mesin operator memaklumkan tentang tunggakan cukai LHDN – itu palsu!
Tindakan anda : Putuskan panggilan.
- Jika anda dihubungi oleh nombor yang tidak dikenali dan diberitahu ada tunggakan cukai syarikat yang didaftarkan atas nama anda. – jangan percaya!
Tindakan anda : Semak dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tentang maklumat syarikat tersebut. Putuskan panggilan.
- Jika anda diarahkan untuk pergi ke balai-balai polis tertentu sahaja untuk membuat laporan polis. – jangan cemas!
Tindakan anda : Beritahu pemanggil bahawa anda akan buat laporan di balai polis berhampiran anda. Putuskan panggilan.
- Jika anda diarahkan memberi butiran bank bagi tujuan siasatan. – jangan beri!
Tindakan anda : putuskan panggilan, jangan layan. Pihak berkuasa tidak akan meminta butiran akaun bank untuk siasatan.
Hubungi CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1559 / 1599 untuk pertanyaan lanjut.
Menurut infografik berikut:
Cara-cara yang di kenal pasti sebagai penyamaran scammer LHDN.
- Anda akan terima panggilan dari mesin operator atau nombor yang tidak di kenali.
- Anda dikatakan ada tunggakan cukai syarikat yang berdaftar atas nama mangsa.
- Anda nafi kewujudan syarikat.
- Anda di arahkan buat laporan polis melalui panggilan telefon.
- Panggilan telefon di sambungkan ke pihak polis.
- Anda di arahkan untuk ikut semua arahan yang diberikan bagi mengelak dari di tangkap.
- Jangan beritahu sesiapa
- Pindahkan semua amaun wang ke akaun bank lain atau ke satu akaun sendiri
- Daftar nombor telefon baru orang lain pada akaun bank baru
- Berikan maklumat bank untuk bantuan siasatan
- Duit anda di pindah keluar oleh suspek melalui perbankan bank.
Tips dan nasihat:
- Jangan layan panggilan telefon yang tidak dikenali.
- Pihak polis tidak menjalankan siasatan melalui panggilan telefon.
- Jangan berikan maklumat bank kepada mana-mana pihak lain.
- Beritahu pasangan, keluarga atau rakan.
- Semak dengan agensi berkaitan.
Untuk peringatan, anda harus memastikan keseronokan anda semasa bercuti tidak diakhiri dengan perkara yang tidak diduga. Teruskan patuhi SOP dari kementerian kesihatan dan majlis keselamatan dengan tahap disiplin yang tinggi.
Walaupun pihak kerajaan membenarkan rakyat pulang ke kampung sempena hari raya Aidilfitri nanti, kita harus dan wajib berhati-hati dan patuhi protokol umum bagi mencegah jangkitan Covid-19.
Diharapkan maklumat yang di kongsi oleh pihak mynewskini ini bermanfaat kepada pembaca sekalian. Pihak kami tidak berkaitan dengan mana-mana agensi kerajaan mengenai pengeluaran khas KWSP, di maklumkan pembaca agar lawat sesawang rasmi iaitu https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ untuk membuat semakan dari semasa ke semasa. Terima kasih.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.