Skip to content

Pengeluaran Khas KWSP Akaun 3

Pengeluaran Khas KWSP Akaun 3 – Pada 11 Mei 2024 pihak KWSP telah membuat pengumuman berkenaan penstrukturan semula akaun.

Hal ini telah menimbulkan persoalan kepada segelintir ahli pencarum untuk mengetahui tarikh bayarn, proses pengkreditan dan kaedahnya.

Pengenalan

Langkah strategik telah di ambil oleh KWSP atas penjenamaan semula akaun bagi memperkukuhkan jaminan pendapatan persaraan ahli pencarum.

  • Akaun 1 : Akaun Persaraan
  • Akaun 2 : Akuan Sejahtera
  • Akaun 3 : Akaun Fleksibel

Ketiga-tiga akaun ini mempunyai nisbah yang telah ditentukan iaitu :

  • Akaun 1 adalah sebanyak 75%
  • Akaun 2 adalah sebanyak 15%
  • Akaun 3 adalah sebanyak 10%

Cara Daftar Akaun 3 KWSP

Sekiranya ahli hendak memilih untuk memindahkan amaun permulaan ke dalam Akaun Fleksibel (Akaun 3), mereka perlu mempunyai baki simpanan sebanyak RM3,000 atau lebih.

Baki simpanan dalam Akaun Sejahtera (Akaun 2) menentukan amaun permulaan yang dipindahkan ke dalam Akaun Fleksibel pada tarikh permohonan.

Berikut merupakan Amaun yang dipindahkan akan diagihkan mengikut nisbah yang telah ditetapkan sebelumnya :

  • Sepuluh per tiga puluh (10/30) ke Akaun Fleksibel (Akaun 3) ;
  • Lima belas per tiga puluh (15/30) kekal dalam Akaun Sejahtera (Akaun 2) ; dan
  • Lima per tiga puluh (5/30) ke Akaun Persaraan (Akaun 1)

Bagi yang mempunyai baki simpanan dalam Akaun Sejahtera RM1,000 dan ke bawah, semua amaun akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel.

Selain itu, Akaun Sejahtera yang mempunyai baki simpnan melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000 akan dipindahkan sebanyak RM1,000 ke Akaun Fleksibel.

Baki Akaun Sejahtera RM1000 dan ke bawah :

Pindahan amaun boleh di buat oleh ahli dalam Akaun Fleksibel melalui saluran seperti berikut :

  • KWSP i-Akaun ; atau
  • Self-Service Terminal (SST) di mana-mana pejabat KWSP.

Tarikh Daftar / Permohonan Pindahan Amaun

Mulai 12 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024, ahli dibukakan peluang untuk memindahkan amaun permulaan mereka ke Akaun Fleksibel dan hanya boleh dibuat sebanyak sekali sahaja dan tidak boleh dibatalkan selepas keputusan di buat.

Seterusnya, caruman baru akan terus dikreditkan ke dalam Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera, dan Akaun Fleksibel sesuai dengan terma dan syarat.

Tarikh Kelulusan Pemindahan Bayaran Ke Akaun 3 KWSP

  • Proses permohonan ini biasanya mengambil masa antara tiga hingga lima hari bekerja untuk diluluskan.
  • Pengeluaran dana dari Akaun Fleksibel boleh dibuat pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli, dengan syarat mereka mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP.
  • KWSP menyarankan agar pengeluaran dari Akaun Fleksibel dilakukan hanya dalam situasi kecemasan atau ketika menghadapi keperluan yang mendesak.

Cara Memohon Pengeluaran Khas Akaun 3

  1. KWSP i-akaun; atau
  2. Kaunter KWSP

Kaedah Bayaran Pengeluaran Khas Akaun 3

Untuk melakukan pembayaran Pengeluaran Akaun 3 Fleksibel KWSP, ahli harus memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Memiliki akaun bank yang masih aktif, sama ada simpanan atau semasa;
  2. Akaun bank tersebut mesti didaftarkan atas nama ahli itu sendiri, bukan sebagai akaun bersama atau atas nama syarikat.

Bayaran akan diproses melalui pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Sebagai peringatan, ahli yang belum memiliki akaun bank disarankan untuk membuka akaun bank terlebih dahulu sebelum mengajukan permohonan untuk Pengeluaran Akaun Fleksibel.

Tarikh Kelulusan / Bayaran Pengeluaran Khas Akaun 3 KWSP

Bayaran dari Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP akan diproses dan dibayar dalam masa tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan telah diluluskan oleh pihak KWSP.

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan mengenai pengeluaran ini dan untuk mendapatkan maklumat sahih boleh rujuk :

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version