Pencen PENAKAT PERKESO
Kemungkinan besar ramai antara kita yang belum pernah dengar tentang pencen PENAKAT PERKESO walaupun ianya dah lama diperkenalkan kepada pencarum PERKESO.
Bagi yang belum ketahui, Penakat Perkeso adalah salah satu bentuk perlindungan bagi mereka yang kehilangan pasangan.
Di bawah skim ini, pencarum penakat boleh mendapat sekurang-kurangnya RM475 sebulan atau maksimum 65% dari gaji bulanan pencarum.
Berikut adalah informasi dan beberapa pengiraan berkaitan dengan Penakat Perkeso.
Apakah Pencen Penakat PERKESO?
Pencen Penakat dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila Orang Berinsurans meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
Jika suami / isteri anda bekerja dan ada potongan KWSP dan SOCSO, apabila berlaku kematian suami atau kemalangan yang tidak boleh suami anda bekerja sepenuhnya, pencen Penakat boleh dituntut.
Jika berlaku kematian pasangan, suami / isteri boleh tuntut untuk pencen Penakat untuk diri anda serta anak-anak sehingga mereka habis belajar di Universiti.
Berikut adalah syarat kelayakannya.
Syarat Kelayakan
- Orang Berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun (berkuatkuasa 1 Januari 2013) dan memenuhi syarat kelayakan caruman (tempoh kelayakan penuh atau dikurangkan)
- Orang Berinsurans meninggal dunia semasa sedang menerima Pencen llat tanpa mengambil kira umurnya
Tempoh Kelayakan Penuh
- Caruman bulanannya telah dibayar sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan notis kematiannya; atau
- Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula caruman kena dibayar di bawah Akta dengan tarikh kematiannya, dengan syarat jumlah bilangan caruman bulanan yang dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan
Kadar Pencen Penakat PERKESO
Contoh Pengiraan:
Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 24 bulan dalam 40 bulan
Tarikh masuk skim > 01/09/2011
Tarikh kematian > 01/01/2015
Tempoh 40 bulan kebelakang berturut-turut sebelum bulan Notis diterima > 09/2011-12/2014
Caruman bulanan telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar
Tarikh masuk skim > 01/07/1999
Tarikh kematian > 01/01/2015
Tempoh bulan caruman Julai 1999 hingga Disember 2014 > 186 bulan
2/3 caruman bulanan telah dibayar > 2/3 x 186 bulan = 124 caruman
Berdasarkan jadual di atas, orang tanggungan layak menerima pencen dengan kadar 59% daripada gaji bulanan purata anggapan seperti pengiraan berikut:
Nota : Jika seseorang yang meninggal dunia itu adalah penerima Pencen llat, kadar Pencen Penakat adalah sama banyak dengan Pencen llat yang diterimanya.
Orang Tanggungan dan Kadar Harian
Kadar harian faedah Pencen Penakat adalah mengikut keutamaan berikut:
Jika tidak meninggalkan balu atau duda atau anak, Pencen Penakat hendaklah dibayar kepada:
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih terperinci tentang Pencen Penakat Perkeso ini, sila rujuk pautan berikut:
ATAU
Hubungi pihak PERKESO melalui saluran berikut:
- Talian Khidmat Pelangan PERKESO 1-300-22-8000
- Laman web PERKESO www.perkeso.gov.my
- Facebook: https://www.facebook.com/PERKESO.Official
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.