Skip to content

‘Pembenci Yang Bermasalah, Bukan Orang Yang Dibenci’ – Ruhainies Luah Perasaan

Pelakon popular, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, menyifatkan individu yang masih menyimpan kebencian terhadap dirinya sebenarnya mempunyai masalah tersendiri.

Ruhainies berkongsi pandangan ini melalui Instagram Story, menyatakan bahawa kebencian yang diterimanya bukanlah masalah dirinya, tetapi masalah mereka yang membenci.

“Namun jawapan Tuhan di sebalik pertanyaan hamba-Nya adalah dengan mengatakan itu adalah masalah si pembenci dan bukan masalah individu yang dibenci,” tulisnya.

Kenyataan tersebut seolah-olah Ruhainies cuba memujuk hati sendiri.

Tanpa memberi sebarang respon daripada perkongsian tersebut, Ruhainies hanya mengakhiri kata dengan meletakkan emoji senyum.

Namun tidak dapat dipastikan apakah tujuan Ruhainies berkongsi mengenai perkara tersebut. Hingga kini, Ruhainies masih menerima kecaman ramai susulan kes khalwat dengan Aliff Aziz pada 8 Mac lalu.

Kejadian ini menjadi topik hangat di media sosial dan menarik perhatian netizen yang tidak henti-henti melemparkan kritikan.

Sumber: Kosmo

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.