Pekeliling Sistem Saraan Malaysia (SSM) & Perbandingan SSPA – Kerajaan Madani Malaysia sedang merevolusi dan cuba menambahbaik sistem persaraan penjawat awam di Malaysia dan salah satu kaedah adalah melalui pengenalan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Malah, menurut pengumuman rasmi Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, SSM secara rasminya akan menggantikan sistem sedia ada iaitu Sistem Saraan Malaysia atau SSM.
Walau bagaimanapun, kerajaan telah memberi tempoh antara 21 Oktober 2024 sehingga 30 November 2024 kepada penjawat awam untuk membuah keputusan sama ada memilih sama ada untuk kekal di bawah SSM atau memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Sistem saraan sektor awam di Malaysia telah mengalami pelbagai penambahbaikan dari semasa ke semasa sehinggalah pada tahun 1992 apabila pembaharuan secara menyeluruh telah dilaksanakan di mana sistem saraan tradisional sebelum ini telah digantikan dengan sistem saraan berasaskan merit.
Sebelum pengenalan sistem saraan berasaskan merit, kakitangan awam berada di bawah Skin Gaji Kabinet 1976 (JKK 1976).
Skim JKK 1976 merupakan satu sistem saraan berasaskan incremental di mana kenaikan gaji diberi secara automatik dan tidak mengambil kira prestasi kerja.
Pada 1 November 2002, SSM telah diperkenalkan iaitu selepas sepuluh tahun Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan, dengan beberapa penambahbaikan telah dilakukan ke atas SSB.
Perlaksanaan SSM telah berkuatkuasa melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 2002 JPA(S)71/3 Klt 2(3) yang boleh diakses di sini: https://docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp02/bil04/pp04-02.pdf
Kelebihan SSM
Sistem Saraan Malaysia (SSM) mempunyai beberapa kelebihan berbanding sistem-sistem saraan sebelumnya, seperti berikut:
- Kadar upahan untuk kerja mengikut perkhidmatan, jawatan dan prestasi anggota.
- Kelayakan masuk dan latihan.
- Gaji pokok dan komponen berubah.
- Perbandingan adil bagi jenis dan peringkat kerja yang dianggap penting dan tinggi nilainya.
- Relativiti dan Pariti.
- Pengasingan bagi Badan-badan Berkanun tertentu yang mempunyai kemampuan dan segi kewangan dan jentera organsasi yang kukuh.
Kekurangan SSM
Secara umumnya, Sistem Saraan Malaysia (SSM) adalah sistem saraan terbaik berbanding sistem-sistem sebelumnya.
Pengenalan SSPA adalah penambahbaikan daripada sistem SSM agar penjawat awam mendapat manfaat yang selayaknya.
Perbandingan
Setelah membaca kelebihan dan kekurangan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) di atas, anda mungkin juga ingin mengetahui perbandingannya dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Berikut adalah perbandingan antara Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dari segi kelebihan dan kekurangan.
Sistem Saraan Malaysia (SSM)
Kelebihan:
- Struktur Gaji Lama yang Stabil: Pegawai yang kekal dalam SSM mempunyai struktur gaji yang stabil tanpa perubahan besar, sesuai untuk mereka yang selesa dengan gaji semasa.
- Tiada Pelarasan Gaji Drastik: Pegawai yang memilih untuk kekal dalam SSM tidak akan terkesan oleh pelarasan gaji yang mungkin merosot selepas kenaikan, sesuai bagi yang menghampiri gaji maksimum.
- Gaji Kekal Secara Khas Untuk Penyandang (KUP): Pegawai di bawah SSM akan menerima gaji secara KUP walaupun tidak menyertai SSPA, yang memberi perlindungan terhadap perubahan gaji.
Kekurangan:
Tiada Pelarasan Gaji Baru: Pegawai di bawah SSM tidak layak menerima kenaikan gaji tahunan atau pel.arasan gaji 15% yang diberikan di bawah SSPA, menyebabkan gaji mereka menjadi ketinggalan berbanding pegawai yang memilih SSPA.Peluang Kenaikan Gaji Terhad: Pegawai yang memilih SSM tidak menikmati pelarasan gaji dan pemberian kenaikan pangkat yang lebih fleksibel, menyebabkan mereka mungkin terhad kepada kenaikan gaji yang perlahan.
Peluang Kenaikan Gaji Terhad: Pegawai yang memilih SSM tidak menikmati pelarasan gaji dan pemberian kenaikan pangkat yang lebih fleksibel, menyebabkan mereka mungkin terhad kepada kenaikan gaji yang perlahan.
Kurang Fleksibiliti dalam Kemajuan Kerjaya: Laluan kemajuan kerjaya mungkin tidak sefleksibel SSPA, terutamanya dari segi kenaikan pangkat dan peluang penambahbaikan.
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)Kelebihan:
Kelebihan:
Pelarasan Gaji yang Lebih Tinggi: Pegawai yang memilih SSPA akan menerima pelarasan gaji sebanyak 15% secara berfasa (8% pada Fasa 1 dan 7% pada Fasa 2). Ini akan meningkatkan gaji pokok secara signifikan.Struktur Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) yang Dipertingkatkan: Jadual gaji disusun semula mengikut prinsip kelayakan masuk dan tugas, dengan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi, iaitu RM1,500.
Struktur Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) yang Dipertingkatkan: Jadual gaji disusun semula mengikut prinsip kelayakan masuk dan tugas, dengan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi, iaitu RM1,500.
Kenaikan Gaji Tahunan (PGT): Kenaikan gaji tahunan diberikan mengikut jadual tetap, dan pegawai yang menghampiri atau mencapai gaji maksimum juga akan menerima kenaikan.
Kenaikan Gaji Tahunan (PGT): Kenaikan gaji tahunan diberikan mengikut jadual tetap, dan pegawai yang menghampiri atau mencapai gaji maksimum juga akan menerima kenaikan.
Sebagai rujukan, sila rujuk infografik perbandingan di bawah yang diterbitkan oleh laman Facebook Malaysia Mendidik:
Sumber Artikel eCentral
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.