Panduan Permohonan e-Pengeluaran KWSP bagi pencarum yang ingin mengeluarkan KWSP melalui Akaun 2.
Untuk makluman anda ,pencarum boleh membuat permohonan e-pengeluaran KWSP selagi ianya masih menepati syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.
Ini adalah kemudahan yang di sediakan kepada ahli dan pencarum yang ingin membuat pengeluaran tujuan peribadi yang telah tersedia.
KEMUDAHAN PENGELUARAN KWSP
Pihak KWSP telah menyediakan kemudahan e-pengeluaran KWSP melalui akaun 2 untuk tujuan peribadi seperti berikut :
- Pengeluaran wang untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah sendiri
- Pengeluaran untuk membeli rumah baru
- Pengeluaran untuk membina rumah
- Pengeluaran untuk menyelesaikan hutang PTPTN
- Rawatan perubatan
- Pendidikan dan lain-lain lagi
KRITERIA SYARAT KELAYAKAN
Pihak KWSP telah meletakkan beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk memohon seperti berikut :
- Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia
- Pengeluaran tidak dibenarkan melebihi amaun pengeluaran maksimum
- Mematuhi syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
- Bayaran diberikan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank semasa / simpanan ahli atau rakan strategik
PANDUAN PERMOHONAN e-PENGELUARAN KWSP
Panduan Permohonan e-Pengeluaran KWSP bagi pencarum adalah seperti berikut, telah disediakan langkah-langkah panduan permohonan melalui kemudahan epengeluaran KWSP 2023.
Langkah pertama : Sila layari portal rasmi KWSP
Langkah kedua : Anda perlu log masuk ke i-akaun KWSP
Langkah ketiga : Di paparan halaman utama anda sila tekan ‘Pengeluaran’
Langkah keempat : Selepas ini sila tekan ‘Permohonan Baru’
Langkah kelima : Pada ruangan bahagian jenis pengeluaran, anda perlu pilih tujuan pengeluaran dilakukan seperti membeli / membina rumah atau sebagainya.
Langkah keenam : Pada bahagian nama institusi, anda perlu pilih nama bank tempat anda membeli rumah atau berkaitan
Langkah ketujuh : Pemohon perlu ikuti langkah dan lengkapkan maklumat yang diperlukan sehingga selesai
Langkah kelapan : Setelah selesai dalam masa beberapa hari pemohon akan menerima pesanan SMS yang menyatakan. Pemohon perlu ke cawangan KWSP berhampiran untuk tujuan pengesahan cap jari
Nota : Keputuan epengeluaran ini akan mengambil masa kira-kira dalam 10 hari bekerja.
INFO & MAKLUMAT LANJUT
Pada tahun ini, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.