Skip to content

P-hailing Rahmah Pelan Pascabayar Serendah RM33 Sebulan

  • Info

P-hailing Rahmah Pelan Pascabayar Serendah RM3 Sebulan – Program ini iala sebuah pakej pelan Pascabayar khas yang ditawarkan khusus untuk semua pemandu & penunggang P-Hailing di Malaysia.

Pihak kerajaan baru-baru ini mengumumkan satu inisiatif baru untuk semua pemandu & penunggang P-Hailing di Malaysia.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

Pakej P-Hailing RAHMAH

Pakej P-Hailing RAHMAH adalah tawaran pelan sim khusus untuk semua pemandu dan penunggang P-Hailing warganegara Malaysia. 

Pakej ini adalah hasil kerjasama strategik di antara syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang terlibat iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech (Unifi Mobile) dan YTL Communications (Yes 5G) dan 16 penyedia platform P-Hailing di Malaysia yang berkenaan, bertujuan bagi menghargai jasa para pemandu dan penunggang P-Hailing. 

Kelebihan 

Melalui pakej ini, pengguna boleh menikmati faedah dan kemudahan berikut:

  • Pemandu dan penunggang P-Hailing boleh menikmati perkhidmatan internet dengan harga serendah RM33 dengan/atau pelan data sekurang-kurangnya 40GB. 
  • Setiap Pakej adalah unik dan berbeza mengikut persetujuan pihak telco yang dipilih oleh penyedia platform P-Hailing masing-masing (B2B arrangement).
  • Pakej P-Hailing RAHMAH ini tidak mempunyai kontrak terikat dan pengguna boleh membatalkannya pada bila-bila masa dengan penalti minimum untuk pelan simkad sahaja. 
  • Pelanggan boleh menggunakan nombor yang sama. 

Syarat Kelayakan 

Pelan Pakej P-Hailing RAHMAH ini terbuka kepada semua pemandu & penunggang P-Hailing berwarganegara Malaysia di bawah syarikat P-Hailing yang terlibat di Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas.

Senarai Syarikat P-Hailing Yang Terlibat

  1. FoodPanda;
  2. Grab;
  3. Bungkusit;
  4. Halo Delivery;
  5. iHantar;
  6. Lalamove;
  7. MatDespatch;
  8. Parcel365;
  9. RideRunner;
  10. Shopee;
  11. Fasz Food;
  12. Lazada Logistics;
  13. Belibeli;
  14. iGoGet;
  15. GoGet; 
  16. GoLog

Cara Memohon

Cara memohon pakej P-hailing RAHMAH ini bergantung syarikat penyedia perkhidmatan telekomuniasi yang terlibat. 

Anda boleh rujuk pautan berikut: 

Maklumat Lanjut

Untuk dapatkan maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: https://www.mcmc.gov.my/en/media/announcements/faq-pakej-p-hailing-rahmah 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version