Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mendedahkan perbualan lucah antara suaminya dengan penyondol sebelum mereka sah bercerai.
Menerusi pendedahannya di Instagram, Shuhada menyatakan perbualan lucah tersebut dikirim sendiri oleh penyondol tersebut kepadanya.
Dakwa Shuhada, screenshot itu diperolehinya daripada orang ketiga sendiri.
“Disclaimer: ini conversation antara pelakor dan BEKAS SISA SAYA, untuk pengetahuan, chat ini di beri oleh pelakor sendiri sebab nak buktikan yang dia mampu untuk memuaskan si polan,” tulisnya.
Malah, Shuhada juga menyatakan ‘chatting’ tersebut menjadi salah satu punca dirinya meminta cerai daripada pelakon itu.
“Kenapa aku mintak cerai? Sebab ni…… Akan bersambung nanti sebab bagi semua terus takbest.
“Disclaimer, ini jugak conversation antara pelakor dan BEKAS SISA, di berikan kepada Saya untuk membuktikan bahawa mereka
SANGAT SERIOUS,” dedahnya lagi.
Pada hantaran lain pula, Shuhada mendedahkan bahawa pihak sana sengaja memulakan dahulu perbalahan ini dan mendakwa bahawa ibu dan anak-anaknya juga diusik.
Shuhada turut memberi pesanan untuk berjumpa di mahkamah pada 3 Julai nanti bagi perbicaraan kes pukul.
Kredit: Instagram Shuhada Shukri
Sumber Ohmedia dan Xtra
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.